Sunday 20 January 2013

Aku nak kurus! Nyah kau lemak! - Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Gemuk? Gemuk? Gemuk? Tu memang major problem bagi perempuan. Siapa nak gemuk? Memang tak ada. Semua nak kurus kan. Kalau gemuk ni banyak masalah juga, nanti datang pelbagai penyakit. Kalau kurus pun sama juga, banyak penyakit juga nanti. Apa pun, kalau nak kurus tu, make sure your BMI tu normal. Jangan kurus sampai underweight pulak. Klik sini nak kira BMI.



I want a body like Kak Scha! Kalau boleh la :D


Kak Scya ada juga bagi tips, die makan nasi macam biasa je just jangan minum benda yang sejuk. Elak kan benda yang sejuk. Tu tips from her. Die dah kurus memang boleh la makan nasi, aku ni yang kena control sikit. Hehe. Plus, aku rangka besar, kurus macam mana pun, aku tetap nampak besar.


By the way, within two days ni aku dapat banyak juga tips nak kurus ni. Selama ni aku amalkan sunnah Rasulullah je. Sarapan like Queen. Lunch like a King. Dinner like a pauper. Yang breakfast tu kadang ada cakap like a King and lunch like a Queen. Mana-mana lah, yang pasti makan banyak time tu. Ada orang buat kajian keatas dua ekor tikus sama berat. Tikus A bagi breakfast berat but tak bagi dinner and tikus B tak bagi breakfast but bagi dinner. Esok tu, berat tikus B naik lebih berbanding tikus A. Haaaaaa, so conclusion, nak kurus makan sikit je dinner. Heee


Cakap pasal tips ni korang baca blog ni wrote by my friend, Syarafina Sabri. Tajuk dia Empat K. Klik tulisan bergaris tu. Dan sorang lagi just borak dekat twitter, my friend yang berjaya turun berat badan.










Hebat bukan? Haaa, ni perlukan semangat yang tinggi. Aku pernah jugak diet ikut ni because mama yang suruh, perghhh seksa, first day tu pening bak hang! Then second day tu terus makan roti. Haha. Tak jadi langsung. Sekarang ni pun tengah diet sikit sebenarnya, even cara makan aku macam orang tak beberapa nak diet, but still aku buat sit up selalu. Bakar lemak yang mengelebeh. Lol.


So, selamat mencuba! :D

1 comment:

  1. Makan nasi tu kena, sebab kita ni orang melayu. Tapi proportion sikit, kurang dari segenggam tangan la kalau nak kurus.

    Sebab, kalau tak makan nasi, nanti kita cepat rasa nak give up. Memang berat takkan turun banyak-banyak sekaligus. Kalau berat turun secara drastik, kebarangkalian nak naik balik pun cepat.

    Buat biar seminggu 1 kilo je turun.

    Kalau boleh makan ayam tu, makan bahagian dada je, sebab kat situ protein banyak, fat sikit.

    Minum air masak banyak-banyak, tolong serap nutrien.

    Jogging is the best exercise.

    Mula-mula turun berat badan, badan tak nampak sangat berubah, tunggu sebulan dua nampak la.

    Kalau nak kurus, kena buang fat dulu. Jadi sebab tu la kita kalau boleh elak fat.

    Makanan yang ada fat ni, biasanya bila kita beli apa-apa, yang tulis less sugar tu, yang tu banyak fat.

    Yang tulis less fat tu, yang tu banyak sugar. hahaha

    Selamat berjaya!

    ReplyDelete