Monday 24 September 2012

Happy Birthday Farid!


Happy Birthday, Farid Aiman Noor Zaini


Happy Birthday to you.
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Farid Aiman,
Happy Birthday to youuuuuuu *clap clap*


Allah selamatkan kamu, 
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Farid Aiman
Allah selamatkan kamu. *wink wink*


Sebenarnya hari jadi dia on 23rd sept. Tapi masa tu ada dekat pulau, line phone pun tak berapa nak clear, so I have to postpone lah nak wish dia birthday. 


Farid, semoga jadi anak yang soleh taw. Jangan tinggalkan solat. Dengar cakap mama and abah. Haishh, dah besar dah adik aku ni. 16 tahun dah. Saiz pun terlajak besar dari aku. Jaga diri elok-elok. Hadiah birthday? No way. Tak ada. Nehiheee. Hadiah pmr dah dapat banyak gila nak mati, so hadiah birthday tak ada. Kalau nak belanja makan boleh la. :p



Sweet tak? Sweet tak?


Susahkan nak dapat kakak yang sweet macam aku? Hihihi *Dush penampar*


Ok. Enough wishing him happy birthday. Now lets focus on finals! Final is just around the corner. Examination slip dah siap print, sekarang kena pulun habis-habisan. Nothing much to talk about final, sebab macam biasalah kan bila dah final kena lah study.



4 flats is in our hand! InsyaAllah


Sem ni semua 3 credit hours *cekik leher*


Doakan kami disini berjaya! Maybe I have to puasa from the internet until 17hb. Semoga dipermudahkan segalanya. *meremang bulu roma* Ok, now lets go make a revision!


Salam.

Wednesday 19 September 2012

AD Dinner 2012

Assalamualaikum w.b.t


Hai, syawal sudah habis and puasa 6 pun dah tak boleh nak sambung lah kan. By the way, I didn't manage habiskan puasa 6. Sempat puasa sampai 5 je. Aku pun tak tahu la apa yang aku buat selama 29 hari syawal tu sampaikan nak puasa 6 pun tak sempat. Adehh.


Ok, on 17th of September 2012, Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam mengadakan dinner anugerah dekan. And you know what, dinner ni diadakan di DATC! Seems seronok! Dewan besar. Selama ni dinner buat macam tak pape je. Tapi kali ni lebih formal and I like it. However, my batch ramai yang tak datang sebab lots of assignments and presentation to be done this week. 


Malam Anugerah Dekan 2011/2012


Not much la nak cerita. It just a dinner. No terima sijil or whatever. Ramai tanya kenapa tak dapat sijil. Dah la sem 2 dan sem 3 tak dapat. And someone answered "Nanti dieorang edar sijil tu dalam class" Hmmm, nampak tak cara kami terima sijil? Nampak tak? 'Formal' kan. -.-


Wearing baju kurung biasa je. No need glam glam. Hehe


Makanan? Sedap sangat! Ada daging, ayam, ikan and sotong! Perghhh. Ada akak degree tu siap tambah lagi. Haha. Akak tu sangat friendly by the way.



Yang tak bertudung tu, degree students. Final year degree. Hebat lah sis ni O.O


AC110 4B


AC110 4A.
4 means 4 flat for final semester of diploma! InsyaAllah


Ada tak gambar AC110 4C, my class? Tak ada kan. Kenapa tak ada? Sebab majority tak datang. Aku and Osman Ibrahim je datang. Kalau ikutkan hati ni tak nak je datang dinner ni, tapi mama suruh datang. Sangat tak seronok tahu tak! I'm there without my classmates. Macam bosan and I've to be the camerawoman for other classes. Sad much.


Apa-apa pun, ada hikmah aku datang dinner ni. Dapat senaskah al-quran! :D Yes, Senaskah al-quran tafsir kecil . Dari dulu lagi nak beli quran tafsir yang kecil, tapi pikir balik dah banyak al-quran dekat rumah. Ape pun, Alhadulillah sebab dapat al-quran. I'm happy much :')


And the dinner ends 10.30 pm. My housemates and I went back by car. Kalau naik bas, lambat sampai rumah.


Salam.

Friday 7 September 2012

Nak suami yang soleh.

Assalamualaikum.


Nak suami yang soleh? Uh oh *terikut cerita korea - Big* Hehe I don't know macam mana nak dapat suami yang soleh. It just.. Ok, lets make it straight. This morning, during taxation class, kena tazkirah a little bit from Puan Laila. It's not because we are bad people but she always give some tazkirah before lesson starts. Her takzirah is amazing and I'm proud to be one of her student. YES! I'M PROUD.



Masa bulan puasa beliau ada bagi one big paper. Dalam paper tu ada list semua amalan yang kita buat dalam satu hari. And we have to tick if we have done it. Contoh, hari ni kita solat zohor berjemaah, so kita boleh tick that kolum tu. Kalau kita ada bersedekah pun kita boleh tick juga. So, she stated that by doing this kita akan nampak apa benda baik yang kita tak buat lagi and we feel that we going to do it tomorrow. Thus, can increase our ibadah to Allah s.w.t. Can you see that?! Such a nice lecturer :')



Ok, dulu beliau pernah bagi tazkirah tentang solah. She always stress that, "Jangan sesekali kamu tinggalkan solat, terutama solat fardhu" Mesti lah kan. Solat fardhu memang tak boleh tinggal. Ia adalah perintah dari Allah s.w.t. Memang tak boleh nak elak. This are some tazkirah yang beliau bagi pada kami semua:


"Satu hari Saidina Ali (I think Saidina Ali, if salah please correct me :)) sedang solat berjemaah and beliau adalah imam kepada makmum. Sedang semua sedang kusyuk solat, tiba-tiba beliau ditembak/dipanah oleh musuh. Darah semua melimpah keluar tapi tak ada sorang makmum pun sedar benda tu berlaku even beliau berdiri depan diaorang sehinggakan beliau menjerit baru makmum tersedar" - Can you see that? Betapa khusuknya solat mereka semua. Sampaikan imam mereka kena serang pun mereka tak sedar. Betapa untungnya mereka dapat khusyuk dalam solat. Plus, ada lagi benda yang nak diceritakan dalam cerita di atas. After beliau diserang, beliau tetap mahu solat berdiri even kakinya berdarah teruk. Sebab beliau takut yang tu adalah solat terakhir bagi beliau. Ok, now look at situasi masa kini. Like me lah kan, dulu when I was young, aku selalu bermain dengan kawan-kawan and then jatuh basikal then kaki berdarah, then terus nak solat duduk. I don't know how to relate kan cerita tu dengan situasi yang aku bagi ni. But please I hope you understand. 2 words just came out from my mind which is MALAS and LEMAH.


This sentence lagi membuatkan aku terasa much
"Kalau you nak suami yang baik, you kena jadi baik dulu. You kena ubah diri you jadi baik. Berusaha untuk jadi baik. InsyaAllah, Allah akan balas. You akan dapat suami yang baik"


Bila dengar je ayat ni, I feel like I'm crying. I'm my heart, I'm crying so hard. Yes, I admit. I am not a good girl. It just that I'm thinking of my future, my future kids. Adakah mereka akan jadi bad child like me? Mesti lah tak nak kan. Mana ada ibu bapa yang nak anak yang jahat. I mean not jahat, macam kurang baik la. Semua ibu bapa mengharapkan mempunyai anak yang baik, anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan mereka di akhirat kelak.


Don't you feel that when you done benda yang jahat, in long term it will affect your parents too. What about di akhirat? Ibu bapa juga akan disoal kenapa anak jadi begini. Cuba fikir, what your parents nak jawab nanti? Kesian mereka. Meraka dah bersusah payah menjaga kita, in the end mereka kena soal kenapa kita jahat? Adakah itu balasan yang baik untuk our parents? It will be NO, right?


"Bila you buat maksiat, after you nikah, percayalah you tak akan bahagia. Maksiat bukan maksiat yang teruk teruk lah. Yang teruk tu tak payah cerita, you sendiri yang faham kan? Maksiat yang kecil-kecil ni, tak jada pandangan, tengok bukan-bukan, tak jaga pergaulan dengan lelaki/perempuan. Haishh, kalau cakap pasal maksiat ni banyak. Percayalah, kalau you buat maksiat, you tak akan bahagia dengan suami you" - Ni macam pembalasan after buat dosa. Think more than twice please. Jaga mata, jaga telinga, jaga hati and segalanya.


"You rasa ke cinta sebelum kahwin lebih bahagia daripada cinta lepas kahwin? Saya tak rasa macam tu. Saya lebih percaya cinta lepas kahwin tu lebih bahagia berbanding sebelum kahwin. Kerana jodoh itu pilihan Allah s.w.t. Pilihan Allah adalah pilihan yang terbaik."


"Kalau you nak suami yang soleh, berdoa lah selalu semoga dipertemukan jodoh dan terus berkahwin"


"Kalau perempuan tu selalu tukar-tukar boyfriend sebelum berkahwin, bila you berkahwin dengan dia nanti, you tak terfikir ke dia akan curang dengan you. After a few years tu boleh la tahan dengan you tapi kalau dah dapat 2 or 3 orang anak, you tak rasa dia akan curang ke? Sebab dah jadi habit dia rasa cepat bosan" 


Semua yang italic tu Puan Laila yang bagi tazkirah pada kami semua. Not from my own opinion. Beliau lebih berhak berkata semua tu.


LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK. vice versa.






I love my family so much. So, mama and abah, kakak akan cuba sedaya upaya untuk jadi anak yang solehah. I will try. T.T Kakak harap kakak terhindar dari segala perbuatan buruk sebab kakak tak nak di akhirat kelak, kakak yang menjadi beban kepada mama abah. 


I can't continue my writing because now I crying. Hati lembut sangat :')



Salam.

Sunday 2 September 2012

Selamat sambung belajar

Assalamualaikum.


Just pass by this blog and want to say, Selamat sambung belajar everyone! :D Puas kan bercuti? Hehe. 3 months plus plus cuti kan. Mesti rasa excited nak masuk universiti sebab dah terlampau bosan duduk rumah kan. Yes, I know that. Lots of my friend yang dapat sambung belajar. I'm happy for you. Yang tak dapat tu, boleh cuba lagi kan or boleh terus berkerja. Still jauh lagi perjalanan anda semua. Percaya pada Allah. Percaya pada qada' dan qadar. :) Bukan yang tu je. Yang lain pun kena percaya taw.


This week going to be a very hectic week! I hope I can survive this week. Lots of presentations to be done. Assignments to be submitted and also a forum (bel thing) Urghh


What date is tomorrow? Oh, I forgot already.
3 Sept - Far presentation
4 Sept - Law presentation
5 Sept - Entrepreneur test and Forum (Bel)
6 Sept - Audit presentation


Only on Friday 7 Sept kosong and we going to have partyyyyy. Yeahhh! Ok, tipu.


Salam