Monday, 21 January 2013

Aku nak kurus! Nyah kau lemak! - Part 2

Assalamualaikum w.b.t


Cehhh siap ada part 2 lagi. Hehe. Ok ni aku nak share pendapat yang Cik Syarafina Sabri bagi semalam. Aku sangat setuju dengan pendapat dia.




Ini mungkin pendapat dia atau mungkin apa yang Kevin Zahri nyatakan dalam buku beliau. Yes, kita memang perlu makan nasi sebab itu memang ruji kita. Cuma perlu kurangkan kadar pengambilan makanan. Nak kurus ni senang sebenarnya, tapi tak ada lah sesenang macam petik jari je terus kurus kan. Kita cuma perlu kurangkan kuantiti atau control kuantiti yang kita makan tiap hari. Jangan terlalu berlebihan dan jangan terlalu kurang. Mudah. 


Bila kita berdiet, mungkin semua benda yang kita mahukan tidak boleh makan sebab ada pantang larangnya. Seperti yang aku borak dengan kawan aku di laman sosial twitter, dia memang mengamalkan pantang larang, ayat mudah, dia mengamalkan diet karbohidrat. Haaaa some people can do it, but some people can't. Kalau yang boleh tu teruskan sahaja.


Haaa ni kepada yang tidak boleh, seperti my mom. Nak dijadikan cerita, dulu mama ada jual Alpha Lipid, sejenis susu soya. Mama minum, tapi Alpha Lipid ada gariskan pantang larang dia iaitu kena diet karbohidrat. Memang menjadi tapi mula-mula akan rasa pening-pening dalam dua tiga hari. Susah kan? Takut memudaratkan kesihatan pula kan? Leceh bukan? Ok, yang tak boleh tu just cuba control makan seperti Cik Syarafina Sabri nyatakan di atas. Memang cara ni nak kurus agak lambat sedikit, tapi berkesan. Dan, jangan lupa lakukan senaman. Senaman ringan pun jadilah.


Like me, aku tak diet karbohidrat like mama and my friend, Alia did. Aku just kurangkan kadar pemakanan aku je. Breakfast makan nasi, roti canai or kokocrunch (makanan berat). Lunch kalau lapar makan, kalau tak lapar tak makan lah. Dinner jarang amat. Ini bukan diet ok. Jangan tiru cara aku. Lol. Tapi berjaya juga turun berat ni. Heee seronok! Cuma aku tak boleh turun sampai 47kgs. Nanti underweight.


Satu lagi, bakar lemak tu dulu, baru turunkan berat badan! Like my lil bro, Faris Arsyad, dulu die gemuk sangat, perut die berlipat kiri kanan. Then, dia tiap petang pergi exercise (main) from 2.30pm till 7pm. Lama bukan? Dan sekarang perut kiri kanan dia tak berlipat dah walaupun berat badan dia tak turun. Memang semua baju lama dia muat balik. Seronok kan?


Yang paling penting, ikut sunnah Rasulullah, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Simple bukan? Like I said before, cuma kurangkan kadar pengambilan makanan dan perbanyakkan air masak. :)


Selamat mencuba part 2! Haha


7 comments:

  1. Malu la titew. hewhewhew.

    Hari tu diet masa bulan puasa, lagi berkesan. Ingat bulan puasa tahun ni nak kurangngkan sampai below 50, sebab sekarang macam roller coaster, lagi-lagi bila duduk rumah.

    ReplyDelete
  2. Haha. Bulan puasa punya diet memang berkesan sangat! Time tu qlah dah nak cecah below 50 dah. Tapi tak berjaya jugak. :(

    ReplyDelete
  3. nak share tips jugee :) hehe.emm. saya pun berjaya turunkan berat badan . u know how?saya makan nasi ikut kawan saya (chinese) makan .

    cuba tengok chinese makan camne . that's why body diorang cantik, fit .makan nasi sikit, tapi lebihkan sayur . kalau saya, saya makan sayur pelbagai jenis . even nasi sikit, tapi sayur banyak , cepat je kenyang.

    makan sayur tu, jangan sampai tak makan langsung daging ,ayam dan ikan . protein penting untuk badan . makanlah daging kambing, kan sunnah nabi . :) makan tu ikut waktu . kalau boleh tiga waktu ni kena makan . breakfast, lunch ngan dinner .

    ReplyDelete
  4. kalau skip breakfast, nanti dah masuk tengah hari kita akan jadi lapar yang amat , then kita akan makan dengan proportion yang banyak waktu lunch . so, takde guna gak . bila kita skip makan & tak ikut pyramid makanan, metabolism badan pun akan turun .

    energy utk badan pun tak cukup. bila metabolism badan rendah, lemak pun lambat je nak di'reject dari badan .

    so, makanlah ikut waktu. bila makan tu, kunyah perlahan . ikut sunnah nabi :) cepatlah kenyang . makan buah before makan kalau boleh.

    metabolism badan kita lain2, tak semestinya apa yg orang lain buat kita pun kena ikut dia . mungkin dia kurang makan sikit pun dah boleh turun berat badan . tapi, kita mungkin diet macam nak rak tapi lambat je nak turun .

    apa-apa pun, diet yang baik adalah diet dengan exercise . orang yang kurus without exercise tu sebenarnya "bernasib baik" je tu. nasib la badan dia jenis cepat turun .

    tapi kalau saya, skip la makan banyak mana pun still juga tak jadi, sebab badan saya perlu jugak exercise . lain badan lain metabolism.

    exercise kalau boleh try la buat. kalau malas jog , senamrobik dalam bilik pun boleh . kalau malas jugak, try buat sit up dengan pumping (cara pompuan) tu setiap kali lepas subuh .

    pumping tu kalau awak amalkan , nanti dah genap sebulan awak akan rasa perubahannya . muscle2 terbentuk kat badan . silap haribulan sixpack pun ada. hehe, (ini tipu.)

    ReplyDelete
  5. exercise tu kan, buat selang sehari . contohnya , jog . tak perlu pun jog setiap hari . jog selang sehari pun boleh .

    kalau nak jogging, ikut kemampuan, jangan jogging je terus speed ., sebab once awak speed, awak akan jadi amat penat . then, tak sampai berapa minit dah stop.

    try la slow jog. jog sambil enjoy. lainlah kalau awak ni atlit yang sememangnya ada stamina tinggi .

    jog tu jangan tinggal lebih dari 3 hari . kalau lebih 3 hari awak tak jog, stamina hilang . kembali zero. sia-sia. fitness tu penting.

    selain jog, sit up, pumping semua. saya pun amal jugak warm up dynamic. warm up dynamic ni saya tak reti nak explain camne . warm up dynamic ni agak tough tapi jujur saya cakap kalau betul nak badan fit cantik buatlah benda ni.

    selalunya warm up dynamic ni atlit2 kebangsaan yang selalu practise. saya belajar benda ni pun sebab tahun lepas ada jurulatih olahraga kebangsaan ajar saya . best tapi penat (tapi kalau dah buat tiap-tiap hari sumpah tak rasa apa-apa. enjoy je )

    minum air masak dengan banyak . itu mesti . kalau saya ,average 2 botol mineral besar lah saya minum sehari , means 4 liter sehari saya minum .

    itu saya lah, mungkin awak kalau nak minum lagi banyak lagi bagus . tapi kalau dah malam lagi-lagi bila awak dah tak buat kerja berat & tak guna energy sangat , minum sikit cukuplah air masak tu , sebab kidney kita pun perlukan rehat .

    air ni pun depends pada orang. ada orang 8 gelas sehari dah cukup untuk dia . ada juga orang minum 15 gelas sehari .tapi ada orang setakat 6 gelas je dia mampu.

    tapi, jangan terlampau terlebih , takut nanti ada effect lain macam intoxication. kawan saya pernah kena, dia minum air terlampau banyak sampai sakit-sakit akhirnya . so, ala kadar cukuplah . 8 gelas sehari is enough .

    yang penting sekali, kalau nak diet JANGAN makan junk food and fast food. Korbankan nafsu makan untuk makan burger, kfc, fries semua tu, mcD ke, and sewaktu dengannya .

    kalau awak diet dan dalam masa yang sama awak tak tinggalkan fast food, ibaratnya sia-sia lah. mungkin awak kurus , tapi kurus secara zahir tapi 'gemuk' secara diam .

    one more, jangan tertipu dengan orang yang kurus . example lah kan, dia berjaya kurus sebab dia skip makan nasi , dia berjaya kurus sebab dia tak makan nasi . but still dia makan je fast food , dia pun tak perlu exercise , tapi berjaya kurus.

    kita sekarang ni jangan fikir nak kurus je. tapi kita juga nak badan sihat ,. ramai orang kurus tapi dalam diam badan dia ada banyak lemak, kolestrol dan toxic. Sekarang mungkin kita tak sedar sebab benda2 remeh camni dia tak nampak sangat effect dia . tapi, dah tua-tua nanti barulah nampak .

    tapi, kita biarlah kurus dengan "cara betul". kurus dengan control makanan & exercise. barulah badan sihat . ada contoh lagi. ada member saya ni, badan dia subhanallah memang cantik, fit , macam model. superb ! satu hari dia jumpa doktor dia check body dia . saje-saje je check , apetah nama benda ni . saya lupa.

    lepas check, barulah dia tahu bahawa badan dia ni banyak lemak, kolestrol dah tahap bahaya, buah pinggang pun dah naik paras bahaya . tapi dia tak rasa sakit apa-apa . dia rasa segar je . even dia kurus , tapi tak semestinya dia sihat . jangan ingat orang kurus ni takde lemak .

    conclusionnya, nak kurus biarlah kurus & sihat . bukan kurus sekadar kurus . kurus sekadar kurus mungkin kebaikannya sekarang je kita nampak. tapi, kurus & sihat penting untuk sekarang & masa depan.

    puasa sunat isnin & khamis, amalkanlah . diet paling berkesan inilah salah satu caranya .

    saya cuma cakap based on pengalaman . mana-mana yang salah & tak betul tu janganlah ambil, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaaaa! awesome lah! ni nak kena share dengan semua orang! thanks a lot kakak sayang :*

      Delete