Tuesday 30 April 2013

Labour day


Assalamualaikum w.b.t


Hmmm sejak hp dah ada blogger app ni, memang tak pernah nak update blog via laptop. Semua through hp je. Senang sangat kalau update via mobile ni. Anytime boleh update. By the way, sekarang dah 1am. Means dah 1 Mei. Yayyy! Dah masuk bulan Mei yeay yeay. Banyak benda yang seronok akan berlaku dalam bulan Mei ni. InsyaAllah dengan izinNya :D


Plus, harini kan labour day, so harini semua orang cuti lah kan. Bukan labour je cuti, tapi sekali dengan students cuti. Sepatutnya jadi students and labour day la kan? Ok. Lawak yang hambarrrrrrrrr. Ni nak bagitahu yang farid is home yawww! Dia balik cuti sempena cuti pekerja dan cuti mengundi. Hari ni sampai hari ahad, 5 mei ni. Seronok kann? Bila farid ada kat rumah, yang seronoknya ada orang teman nak pergi dapur masa tengah malam. Haha. Dasar penakut. Sebelum ni minta Mr yang temankan pergi dapur. Bukan bermaksud dia ada dekat rumah aku okay. Aku on skype and bawa laptop all the way to dapur. At least ada orang teman kan? Haha. Kadang tu borak-borak dalam hp time tengah takut. Rasa macam kelakar pulak.


Ok lah. Nak membebel yang farid dah balik rumah je. Ni pun baru lepas pick upd dia dekat KFC Section 7. Good night!


Salam



Saturday 27 April 2013

Happy Birthday Yusrah and Iqa


Assalamualaikum w.b.t


Today.....erm actually not today la kan. Semalam maksudnya. 27th April birthday my cousins, Yusrah Yusri dan Nursyafiqah Jamaluddin. Nursyafiqah tu actually my kembar jugak. Muka kiteorang lebih kurang sama. Tinggi pun sama. Badan je lah yang tak sama sebab dia kurus lagi. Aku ni gomok bonar. Orang cakap we have the same face. Tapi aku tengok dia more to chinese look. Aku? Entah lah. Chinese look tu memang tak la kan. Dia pun team 1993 jugak! So, she's officially 20 years old now!


And Yusrah ni my cousin sebelah abah. Dia baru lepas habis SPM and tengah tunggu result UPU. Currently she's workig at 7eleven dekat Bukit Jelutong. Oh by the way, tadi pergi celebrate her birthday dekat bangsar. Makan nasi beriani yo! Cakap pulak pasal nasi beriani ni, dua hari lepas aku dengan Yusrah pergi singgah Kuantan sebab dia ada appointment dengan doktor gigi. She's wearing braces btw. Jauh kan appointment dia? Ada lah atas sebab-sebab tertentu. Malam aku nak cerita. Karang panjang pulak cerita. Then masa dia tengah pergi check braces dia, aku keluar la dengan Mr and his friend kan. Kebetulan Mr pun ada dekat Kuantan at that time sebab adik dia ada tournament bowling. Then dia ajak la pergi makan nasi beriani. Nampak sedap gila weh. Aku tak makan sebab dah lunch dengan Yusrah. Muatan dah penuh.


Lepas makan tu, dia hantar la aku dekat Yusrah sebab Yusrah dah siap baiki braces dia and kiteorang nak balik Shah Alam. Nak dijadikan cerita, otw back home, masa kat highway aku mimpi makan nasi beriani. Haha. Terliur dengan nasi beriani Mr makan tadi. K. Over kan? Then terus whatsapp mama nak nasi beriani. Mama beli nasi beriani JM Bariani. Hmmm fail lah nasi beriani kat situ. Dah la mahal, nasi ciput, lauk tak sedap. Memang that was the last time I ate nasi beriani dia. Takkan makan kat situ lagi dah. Mamak punya jugak mantap! Haha.


Banyak pulak melencong cerita lain. Haha. K. Happy birthday to both of you my dear cousins. I love you soo much! Semoga panjang umur dan hidup diberkatiNya. InsyaAllah.



Salam


Saturday 20 April 2013

Mid sem break starts


Assalamualaikum w.b.t


Yeayyy mid sem break just started yawww! You know what am sayin?! *gaya maria elena* Haha. Maria Elena memang coolest woman ever yang pernah aku jumpa. Awesome sangat kak Maria. I adore her so much. Hehe


Ok sekarang mid sem break dah mula. Mula la nak buat activiti yang tak berapa nak faedah sangat. Assignment banyak sebenarnya, tapi buat-buat tak nampak la kan. Haishhh. Assignment yang kena buat research, nak kena call sana sini, nak minta data tu la data ni la. Haaa yang tu tak seronok k. Dah la submission date lagi sebulan. Apa pun tak buat lagi. Good aqilah is good *hentuk kepala kat dinding*


Cerita pasal semalam, semalam ada Wan Teh ada buat family gathering dekat rumah. Wuuuuu seronok. Ada buat doa selamat sikit. At first kiteorang tertanya-tanya sebab apa ada doa selamat ni? Untuk pilihan raya ke? Haha. Politik much. Rupa-rupanya sebab birthday cucu Wan Teh and doa selamat sebab Wan Teh dah sihat. Alhamdulillah. The best thing is ada bbq yawww! Ada kambing bakar, ayam panggang, kerang bakar and macam macam lagi la.


Makanan kat sana semuanya makanan yang sihat-sihat. Maklum la keluarga sebelah abah mostly doktor. So, semua sihat. Ada salad, buah-buahan, bihun, sayurrr and wip potato (idk how to spell that thing). Kenyang weh. Balik rumah terus sakit perut. Haha. Puas hati.


Salam


P/s: Rasa macam forever alone pulak lepak sengsorang kat Old Town ni haaa :$



Thursday 18 April 2013

Bebanan


Assalamualaikum w.b.t


Selamat pagi laling laling sekalian. Amboi gediknya kau nyah. By the way, harini hari jumaat and esok dah mula cuti mid sem! Wohooooo me iz sho happy you know my fwenz. Haha. Rosak bahasa. Yang aku happy sangat ni sebab aku dah lepas semua kejadah quiz dan test. Tapi lepas cuti ada lagi benda alah tu semua. Tapi at least cuti ni aku nak la rehat sikit kan. Stress weh. Ok, tipu. Aku tak stress sangat pun. Sembang je lebih.


Semester 4 ni memang 8 subjects kena amik. Kalau lecturers from oter fac tanya berapa subjects amik mesti dieorang terkejut. Sebab memang banyak gila. Hmmm aku bersyukur la dia tak buat sampai 9 subjects. Boleh gila nak catch up dalam masa 14 minggu ni. Haaa ni mak jemah nak cerita sikit ni haaa. Nak tahu tak.....semester 5 nanti amik 7 subjects je! Omo omo omooo! Seronok! Dan lagi seronok bila semester 6 nanti just amik 5 subjects!! Sikit gilaaa. Patut la senior part 6 cakap part 6 memang relax sangat sampai tak tahu nak buat apa. Amboii kemain senior aku ni. Haha


Doa doa la masa cepat-cepat nak part 6. Tak sabar ni nak subject sikit. Lulz. Perlu je kan. Haha. Hmmm yang penting harini ada satu kelas and am goin back home today yeahh. Miss mama and abah and lil brother so much. :)


Salam.

Sunday 14 April 2013

Popiah atau popia?


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua. Ni sementara tunggu nak pergi kelas, mari kita ber-blogging sekejap ye. Dah 1 minggu blog ni berhabuk because minggu tu memang busy dengan common test. Minggu ni pun bakal busy juga dengan tests and quiz and assignment submission. My hectic life in university just started yoo!


By the way, aku pun konpius orang panggil popiah or popia or porpia? Mane satu tu eh? Yang penting yang tu makanan yang sama. Ok lah. Aku pnggil popiah maybe. Haaa talking about popiah, semalam aku pergi lunch dengan family dekat kedai seksyen 7 namanya Popiah ape entah. Aku ni masalah sikit nak ingt nama kedai. Aku main terjah je kedai yang aku makan. Asalkan perut aku happy.


Kedai ni sedapp. Bukan kedai dia sedap la. I mean makanan dia la kan. Dia bukan ada popiah kering dan popiah basah je tapi ada makanan lain. Ada mee rebus, , rojak, laksa, karipap rebus and nasi ayam. Tu jelah kot yang aku baca dalam menu dia. Tapi dont worry cuz semuanya sedap, banyak and berbaloi. Hehe


K lah nak ke kelas ni. Salam :)



Sunday 7 April 2013

First weekend


Assalamualaikum w.b.t


First weekend? FIRST weekend? Nampak sangat menipunya. Sebenarnya this is my first weekend dekat Melati. After a month degree dekat sini, tapi ni baru first weekend staying here. Seronok jugak rasanya sebab macam macam boleh buat except keluar jalan jalan la kan. Boleh je naik bas keluar jalan tapi malas je. Kalau ada kereta senang je nak keluar. Lulz.


Apa yang aku buat kat Melati ni? Of coz benda yang penting kena la belajar. Plus, next week common test. 4 subject kauuu. Haaaa banyak betei. Dah la common test time weekend. Yes, they love burn my weekend. Next thing aku tengok movies, eating snacks and sleep. Seronok. Hehe


So, wish me luck for my common test next week! Xoxo :D


Friday 5 April 2013

Birthday celebration


Assalamualaikum w.b.t


Happy Saturday ebelibadi! Sekarang ni mostly budak IPTA tengah cuti mid sem except UiTM. UiTM je lain. Aku pun tak tahu kenapa. By the way, happy holiday you guyssss!


Nak dijadikan cerita, semalam ada sedikit birthday celebration. I made a surprise for my classmates yang dah 20 years old. I made a rainbow cake for them. Sebenarnya aku buat cake ni sebab ada la classmate aku sorang ni demand gila nak rainbow cake for her birthday. Tiap hari duk ingatkan aku. Haha. Lawak lak. Then aku buat dont know je dengan request dia tu. Ye la. I was thinking about making a surprise for them. So, takkan nak bagitahu yang aku akan buat kan.


Mula-mula ingatkan nak buat for that girl je. Tapi kebetulan tiap minggu before her birthday, memang ramai birthday classmates aku. So, aku pun alang alang terus la kan. Kalau buat untuk sorang je macam tak best pulak. So aku pun tulis la atas cake tu "Happy birthday classmates" Hehe. Kalau nak tulis nama sorang-sorang atas cake tu memang tak muat la kan.


All my classmates terkejut dengan surprise tu. Surprise tu buat after habis kelas la kan. Takkan nak buat before kelas, takut kacau nak belajar nanti. So, buat la surprise bila kelas dah habis. The best part is aku dapat tengok all my classmates senyum. Hehe. Alhamdulillah. That really makes my day. Alhamdulillah.


P/s: Mr's birthday is just around the corner. Nak buat surprise ape pulak nanti yeee? Dah almost 2 months jugak aku fikir surprise untuk dia. Tapi nehihee. -.-