Friday 26 October 2012

Why Kemaman?

Assalamualaikum w.b.t


How is your Aidil Adha? Great? Having fun sembelih lembu? Haha. Teringat lagi masa kecil-kecil dulu, mesti pergi tengok orang sembelih lembu. Padahal bukannya ada apa-apa sangat pun. Sembelih je pn. Maybe sembelih tu kelihatan menarik kut. #eh Tapi sekarang, aku kurang pergi surau tengok orang sembelih lembu. Ye lah. Duk tengok je. Kita pandang lembu, then lembu tu pandang kita. Memang tak la kan, Tambah-tambah lagi aku ni perempuan. Takkan nak pergi sembelih itu lembu pula kan. Hehe


Why Kemaman? Why? Why? Ramai orang tertanya-tanya kenapa ic aku 11.Aku cakap tak ada slang terengganu langsung. Kalau aku cakap terengganu, orang akan gelak. Bukan sebab teruk slang terengganu aku, tapi aku cakap kelakar. Aku pun tak faham kenapa. Sampai ada orang ingat aku ni budak luar (bukan anak terengganu) and yang over lagi ada orang cakap aku ni macam lahir di Singapore. Haha


Dah la tak ada slang terengganu langsung, tapi lahir dan tinggal kat kemaman. Plus, both of my parents bukan dari kemaman. Mama from Kelantan and abah from Kuala Pilah. Haha. Ramai juga yang tanya "Macam mana kau balik kampung time raya. Dua-dua jauh" Senang jah buk. Balik gilir-gilir lah. Kita kena bertoleransi lah bab-bab macam ini. This year dah raya dekat Kuala Pilah, so next year dekat Kelantan la pula. Senang bukan?


Tapi sekarang ni aku jarang balik Kelantan tu. Jauh benor. Shah Alam ke Kelantan boleh ambil masa samapi separuh hari nak sampai situ. Alah, masa tinggal di kemaman pun jarang balik kelantan sebab abah pergi kerja and mama tak berani drive jauh-jauh and aku tak ada lesen lagi. 


Banyak pula cerita benda lain. Ok. Masuk balik topik tadi. Aku tinggal di kemaman pun sebab parents aku berjumpa di kemaman. Both of then kerja dekat KSB. Aku pun baru tahu sebabnya bulan lepas. Haha.


Main point dia dalam paragraph kat atas ni, but banyak yang melencong ke cerita lain. Haha. Ini lah serba sedikit about why my ic number is 11. :)


Salam

Saturday 20 October 2012

Because I Miss You - Yong Hwa Handsome.

I need more more and more strength please.




Did this for our own good. Thanks sebab memahami ;')

Majlis Menyambut Menantu

Assalamualaikum w.b.t


Last week, 13 Oct 2012, Abang Ai, merangkap my cousin selamat diijab kabulkan bersama kak amy. I didn't attend their marriage sebab masa tu tengah final. Esokkan tu ada paper, so memang tak dapek den nak nolong lah kan! Sho sad. Then, the next day tu, 14 Oct 2012 ada majlis persandingan di rumah pengantin perempuan. Aku ingatkan nak pergi sendiri lepas habis paper, tapi malangnya aku tak tahu rumah perempuan tu dekat mana. So, duduk la kita kat kolej yang tersayang tu. Hoho.


And today, eh dah lepas 12.00am dah. So, semalam la kan? Hehe. Ada majlis menyambut menantu. Dekat mana? Of course la dekat rumah pengantin lelaki di Taman Desa Serdang. Kami ni merangkap cousin-cousin yang sedang bercuti diarahkan menjadi helper! Haha. Seronok weh. Bila cousin or sedara mara kahwin, then we olls kena jadi helper, memang meriah lah kan. Seronok tolong-tolong orang. Uuuuu~ I just missed that moment! Penat tu semestinya penat, tapi we have lots lots of fun! Bak orang kata penat yang berharga. Eh? Ok, dah pelik.


My family and I (amboi, skema habis ayat!) sampai around 9am la jugak. Memang awal la. Bila sampai rumah abang Ai memang dieorang semua tak mandi lagi. Sekali dengan pengatin tak mandi lagi. Haha! Kiteorang opss I mean me and my mama je yang dah siap berlawa. Actually tak ada la nak melaram sangat, sebab memang tahu nanti akan buat kerja and berpeluh-peluh bagi. Yang tu aku je lah. Mama melaram la sikit, sebab ditugaskan untuk menyambut tetamu.


Nanti bila korang tengok semua gambar kat bawah ni, korang akan perasan yang mak mak semua pakai baju sama corak. Aku? Nehiheee la. Aku ni bukan mak mak ye. I still young! Haha! Perasan melampau disitu yee. Tapi betul la kan. 20-an pun tak sampai lagi. Haish, cakap pasal 20-an ni, tak lama dah nak tinggal kan tahun sweet sweet ni. sweet 9-teen lah, sweet 7-teen lah. Lepas ni no more :(




Pak Long and Mak Long
Ni Pak Long and Mak Long, parents pengantin lelaki. Comel je dieorang senyum. Ye lah, mana tak happy nya bila dapat menantu yang cantik. Hehe


ASiS-ian 
Ni cap lempong from Asis-ian. ASiS tu SBP Alam Shah. Got it? Sekolah lelaki. Sekolah abang Ai and Amir dulu. Both siblings sekolah sini. Hebat bukan? Yang buat persembahan ni junior dieorang. Kompang pun amik dari ASiS. Senang. Hehe



Abah, Mama and Mak Lang


Wan Teh, Wan Chu, Mama and Abang Adzrex


Muda lagi kan my wan-wan? Haha. After my wan passed away, aku still rasa happy dengan wan-wan yang ada sekarang. All my wans rock tahu! :D



Mak Lang, Pak Lang and si perosak gambar,  Adi. Haha


Pak Bib. Haha. Kesian Pak Bib sebab tak ada gambar dia dari mula majlis. :p



Qayyum. My anak buah. Comel kan? :)



Another anak buat, Zara Sophia. Macam monster inc ikat rambut macam tu. Hehe 


My cousin, Syahin. Looks like JB! Dah macho sekarang! :D


Yes, this is pengantin! Abang Aizuddin. Smart kan? Tema pink belacan!


Yang tengah tu Wan Chik. Hehe. Lawa kan pengantin perempuan! :D


So sweet lah this picha! Selamat Pengantin Baru both of you :)


Another Pak Lang and Mak Lang. :)



Me and Nana. 

Masa ni dah nak habis majlis dah. And I really want to take picture with that bunga. but but but nana duk pegang je bunga tu. Me sad lah, nana! :( Kenapa, nana? Tak sabar nak kahwin awal ke? Haha. By the way, tengok baju aku tu, memang lari tema habis bukan? Kan dah cakap tadi, I'm just one of the helpers. Tu yang main sebat je baju kurung yang mana-mana. Hehe


Comel bukan? 


Ok, yang ni kita nak cakap comel ke? Maybe not! Teetttt! Haha


Zara is trying to eat her toe. How comel! :D





Nana and Amir. Bermanja-manja sesama dieorang. :)

Ni semua sedara-sedara sebelah abah. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar and dengan lancarnya kami pulang ke rumah around 4.30pm. Arsyad dah bising nak balik sebab petang nanti dia nak keluar main dengan kawan. Haish, spoil je tahu tak. 


Apa pun, I feel so happy bila bersama dieorang semua. Oh, before that, terjumpa Ezureen, my classmate masa dekat MRSM dulu. Lama sangat tak jumpa dia. Kebetulan masa tu girlfriend Amir datang, Ezureen pun join sekali. Dapat la den jumpa sekejap dengan my classmate. :')


The End.


Salam :)

Monday 8 October 2012

Situasi final

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang tengah final. Lagi 4 papers tinggal. Wish me luck yeah! Petang-petang ni tak elok study kan. Hehe. So, daripada tak buat apa-apa, baik update blog kan. Dah lama tak update. Apa dia? Jogging? OMGucci! Memang tak lah. Malas sangat. Nak buat macam mana. Hmmmm.


Cakap pasal senario masa exam, memang macam-macam senario lah berlaku. Mula lah kawan tak puas hati bagi, benci sana benci sini. Nampak je rambut sama hitam, tapi hati semua lain-lain kan. Yang hanya dapat kita lakukan ialah bersabar. Kenapa kita kena berkawan dengan ramai kawan? Kenapa kita perlu mengumpul ramai kenalan? Kenapa? Kenapa? Sebab daripada kawan itu lah, kita dapat membina kekuatan dalaman kita ni. Daripada kawan lah kita dapat mengenal pelbagai jenis perangai. Daripada kawan lah kita dapat maju kehadapan.


So, walaupun kawan tu selalu menyakitkan hati kita, yang kita perlu buat hanya bersabar. Kalau nak cerita situasi aku sekarang memang aku tahan sampai menangis-nangis. Secara jujur aku bukan jenis kalau ada orang buat sakit hati kat aku, aku terus marah depan-depan. Aku senyap je. Biar dia rasa puas hati. Biar aku kena tindas. Asalkan dia yang tidak sakit hati. Aku jenis yang tak sanggup la tengok orang sakit hati sebab aku. Rasa teramat berdosa sebab buat hamba Allah sakit hati.


2 tahun tahan sakit hati, memang bengkak sebengkak bengkaknya! Ya Allah, hanya tinggal dua bulan untuk aku tahan semua tu. Ya Allah, tak tahan sangat dah ni Ya Allah. Jika doaku tidak dimakbulkan, aku mohon kepada Mu Ya Allah, lembutkan hati dia supaya dia tidak menyakiti hati kawan-kawan aku yang lain. Amin.


Salam.