Thursday 28 February 2013

Kolej Melati


Assalamualaikum w.b.t


Atas permintaan kawan-kawan aku yang sememangnya comel belaka, aku update la pasal Kolej Melati ni. Mesti la curious pasal kolej ni sebab selama ni hidup dekat rumah, tapi naik degree ni hidup dalam asrama. Yes, memang berbeza dengan dulu. Ok, aku membebel banyak pun tak guna juga sebab korang nak tahu pasal kolej kan, bukan pasal aku. Haha


Muka happy nak masuk asrama, mungkin?

Yusrah, my cousin. Dia sorang je teman aku pergi daftar


Haaaa akak JPK tu cakap tak boleh nak main cop cop bilik dengan kawan tahu. Kalau nak bilik sama dengan kawan, kena make sure kawan tu ada sekali masa daftar. At the same time Syahira Abdul Rahman pun daftar sama dengan aku dan aku dapat sebilik dengan dia. Bilik dua orang babe! Haha.


Memang jakun gila bila dapat bilik. Dah la tempat dia besar (kalau nak banding dengan puncak perdana lah) then, ada lif! (Haaa yang ni memang jakun gila naik lif pergi bilik. Haha. Puncak Perdana tak ada lif. Ada tangga je) Aku dapat blok 4B. Alhandulillah dapat aras 1. Bila dah usha bilik semua, mula lah pengangkutan barang-barang ke bilik. Aku bawa 2 beg, 2 kotak and baldi. Tu pun akak tu dah cakap "Banyaknya barang awak!" Ha? Aku stuck sekejap time tu. Banyak? Rasa tu sikit dah tu. Haha


Bilik aku


Maaf la ye. Camera tak berapa nak awesome gambarnya. Maklum la camera yang dah 6 tahun guna dengan 6MP sahaja. Ni baru lepas angkut barang semua dengan peluh-peluh penatnya. Lol. Aras satu je pun. Buat masa ni pakai kasut masuk bilik sebab plan nak mop lantai tu nanti. Maybe hari Ahad nanti. 


What? WIFI? Haa tu aku tak sure. Tak sempat nak test. Aku pakai 3310, mana boleh nak connect dengan WiFi der. Tapi aku ada nampak macam benda alah modem lekat dekat siling luar bilik aku. Mungkin itu WiFi. Mungkin.


Itu almari

Itu dua almari k. Bukan satu almari. Kecil? Oh memang sangat kecikkkk! Aku masukkan baju aku satu beg pun dah penuh. Beg kedua tu main sumbat je. Mujur la baju aku dua beg je. Kalau tak, kena request satu lagi almari. Haha. Dalam bilik tu ada 4 plug. Tu je lah rasanya. Oh ye. Kasut letak luar ye. Macam asrama. Haha

Ni katil


Meja study

Korang tengok la kerusi tu! Ohmaiiii, kerusi berbantal. Haha. Tak ada dah kerusi plastik macam dekat Puncak tu. Korang nampak tak depan meja tu ada apa? Ada softboard and whiteboard! Haha. Ok, aku nampak jakun sangat -.-




Toilet dia macam mana? Aku sempat usha toilet num 6 je. Dalam toilet tu ada 2 jamban, 2 shower dan 4 singki. Tempat sidai kat kawasan tu r. Ok jugak la tempat sidai baju dia. Buat masa ni toilet dia nampak sangat bersih. Tempat dia memang bersih. Tak ada la macam bersih sangat. Tapi bersih standard asrama la. Faham? Haaa :p


K lah, tu je lah kot. Nak hantar adik sekolah ni.


Salam


Wednesday 27 February 2013

Kelam-kabut


Assalamualaikum w.b.t




Biasalah, bila nak jadi pelajar baru ni semua kelam kabut. Nak daftar kursus la, nak daftar kolej la, macam-macam. Aku pun jadi kelam-kabut juga tadi sebab tetiba dieorang cakap pasal daftar kursus. Mana tak kabutnya sebab masa tu aku kat luar. Gelabah sangat okay. Terima kasih kat mama sebab ada phone canggih yang ada internet, boleh la aku tahu ape yang terjadi. Kalau tak ada phone mama tu, hmmmm tenggelam la aku tak tahu pape. Maklum la, kite ni tak ada duit nak pakai smart phone. Lol *Ayat minta kaki*


Alhamdulillah semuanya dah selesai. Sekarang cuma tunggu nak daftar kolej je. Doakan aku dapat bilik yang best k. Amin :)



Salam

Monday 25 February 2013

Awana Kijal

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni update via mobile because malas nak buka laptop. First time update via mobile. I dont know how it turns out nanti. Redho je le. By the way, I went to Kijal last Saturday till today. Saje menyibuk nak ikut abah pergi kerja. Kijal tu pun tak ada pape sangat. Kalau nak lepak, ke mesra mall je lah.

We stayed at Awana Kijal Hotel. Hotel tu dah lama sangat. Lama kat sini bukan bermaksud hotel tu berhantu okay, cuma barang-barang kat hotel tu sangat antik. Haha. Yang best kat sini, facilities dia sangat best berbanding hotel yang ada di tengah bandar. Ada pool, gym, spa, beach, golf, tennis court and macam-macam lagi lah. Memang seronok bila semua benda ada. Baru hotel namanya! *promote hotel nampak*

Rasa relax sangat bila duduk situ. Keluar dari bandar yang sibuk. Apa pun, aku still rindu rumah. :) Aku tak snap banyak sangat gambar sebab hujan dari pagi sampai ke malam. (Tak ade kena mengena). Nak pergi pantai pun tak boleh. Sedih :'(

p/s: Mood nak balik asrama membuak-buak!

Friday 22 February 2013

Berdebar mungkin?


Assalamualaikum


Berdebar? Berdebar nak masuk degree? Mungkin. Tapi ada juga excited nak masuk degree. Mesti lebih mencabar berbanding diploma kan. Orang cakap degree ni susah, degree ni stress, degree ni tu la ni la macam-macam. Scary? Mestilah bila dah kena psycho dengan orang. 


Tapi kan, aku ada terbaca blog senior, die cakap degree Part 4 ni macam bosan sikit. Eh? Bosan ke kak? Subjek pun dah 8 subjek pun bosan eh? Mungkin bosan dari segi lain. Mungkin. Yes, mungkin. Tak mungkin lah senior tu bosan dengan life degree. 


Petang tadi dapat notis dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan. Notis pasal Part 4 Degree lah. Memang excited gila nak baca. Haha. 




Dah baca notis dia? Subjek macam biasa, 8 subjects semuanya. I know. UiTM memang suka bagi budak stress nak menggila. Lecturer pun dah pernah cakap ramai yang menangis sebab stress. Scary okay. Dalam notis tu yang menarik minat aku isssssss "Kelas untuk semester 4 bagi pelajar Normal Track dan Fast Track tidak akan diasingkan lagi". Waaaaa! Menarik! This means that batch aku bertambah ramai la. Ye dok? Then, ramai la kenalan baru. Wuuuu itu seronok! Dapat ramai kawan! Hehe. Ok dah.


Bila dah dapat notis ni, semangat tetiba membara nak masuk belajar. Haaa mula la buat list barang-barang nak pack nanti. Takut-takut tertinggal kan. (Padahal rumah dekat je, boleh je patah balik amik barang) Kita kena lah pre-planning *bak kata abah* Haha



List barang aku


Tu semua barang yang aku ingat. Ada lagi yang tak masuk list. Cawan, sudu garfu tak masuk lagi. Baldi lagi. Alquran dan Al Mathurat. Haaa. (Baru teringat -.-) Biasalah. Perempuan. Banyak benor barang nak bawa. Macam nak pindah rumah tak balik-balik dah orang cakap. Ok, sekarang kita tengok side lelaki pulak. Mesti sikit je dieorang bawa. Dieorang tu lek lek cool je. Kalau tak cukup, pinjam orang. Haha


List barang lelaki. Mungkin.


Sikit kan? Haha. Aku rasa la. Sebab aku tengok adik aku tu pun, sikit je barang die bawak balik asrama. :)


Salam

Tuesday 19 February 2013

Resepi - Agar-agar Roti Coklat


Assalamualaikum w.b.t.


Ni ada member tanya resepi agar-agar coklat. Ini resepi of cos la resepi dari mama kan. Air tangan mama semua superb. Even nasi goreng mama yang simple pun aku boleh kata sedap gila. Siap berebut dengan adik beradik. Haha



Nampak tak berwap cawan tu? Kalau dapat makan waktu petang, perghh sedap!


Bahan-bahan (ni dapat 4 gelas minuman)

a)
100 gm coklat masakan
1 sm mentega

b) 
4 keping roti (potong kecil-kecil)
200 ml susu cair
100 ml air
2 biji telur
Sedikit esen vanilla

c)
6 gm agar-agar serbuk
300 ml air
5 sm gula


Cara-cara
1. Bahan (a), dicairkan secara double boil
2. Bahan (b), masukkan ke dalam blander dan diblend sekejap
3. Masakkan bahan (c) hingga semuanya hancur dan megelegak 
4. Masukan bahan (a) yg telah cair dan (b) yang siap di-blend kedalam no.3. Kacau hingga mengelegak
5. Finally, boleh la masukkan ke dalam acuan kegemaran masing-masing
6. Sedap dimakan sejukkkkk. So, kena simpan dalam peti sejuk dulu baru di hidangkan



Pic 2009? Haha. Lama betul simpan gambar ni

Selamat mencuba! :)


Salam


Monday 18 February 2013

2 hari berturut


Assalamualaikum w.b.t


2 hari berturut ada majlis selepas pernikahan Abang Yu dan Kak Aisyah. It was damn tired okay. Masa malam 16 Feb ada persandingan belah perempuan di Hotel Concorde Shah Alam. Actually, benda tu tak ada lah penat sangat. Tapi masa 17 Feb tu Majlis menyambut menantu, that is our side la pula. Majlis Menyambut Menantu tu, memang damn penat.





I was incharge jaga pintu masuk. Bagi goodies semua, sambut orang masuk. Memang la benda tu macam tak penat. Tapi kalau dah kena berdiri di muka pintu for hours, then senyum je memanjang (tambah pulak senyuman aku yang manis ni kannn. Haha) tidakkan itu memenatkan? 


Cap Lempong from ASiS


Cap lempong dari Sekolah Sains Alam Shah. Memang macam dah jadi tradisi kiteorang punya family pulak ajak cap lempong ni. Serious seronok ajak cap lempong ni. Dieorang semua sporting. Meriah sangat ada dieorang. Dieorang ni dah jadi satu attraction pulak. At one time tu, dieorang ada nyanyi lagu apa entah, tak silap aku Sahabat rasanya yang Upin Ipin tu. Memang tak kena dengan majlis pun, tapi kiteorang yang suka-suka minta dieorang buat, sekali dengan cousin-cousin aku menari. Haha. I love that moment.



Abang Ai dan Kak Amy


Pengantin


Both pengantin lelaki tu my cousins. Dieorang adik beradik. Senang bila buat Majlis Menyambut Menantu sekali gus. Save budget.



Abang Yu dan Kak Aisyah


Cousins


Kak Long Nor and her daughter, Zarra Sophia


Adik pengantin yang masih bujang. Lol


Abah dan Mama


Amir and Nana with their niece


Nana comel. Anyone?


Before start majlis 


Pak Long's family


Pak Lang's family




At main entrance. Senang je nak cari aku kat mana. Lol


Ni dah nak habis majlis dah. Duduk berehat sebentar


With pengantin


Captured by Adi


After Majlis. 


After majlis, pengantin tak boleh rehat lagi. Dieorang kena snap picture lagi. Kesian kan? Aku time ni dah terbongkang kat rumah agaknya. Haha. Nampak muka dieorang yang penat. Semua gambar kat atas snap sendiri je. Kalau nak gambar lawa, kena tunggu next week lah.


By the way, aku suka service by Syikin Khadir ni. Dierong punya cameraman sangat friendly. Dan semua picture yang dieorang tangkap sangat cantik! Siap ajar kiteorang lagi nak tangkap gambar macam mana. Memang la semua photographer amik cantik, tapi kalau bandingkan gambar dari Syikin Khadir ni, memang pergh r lawa dia. Nanti aku nikah, nak amik Syikin Khadir je lah! Hehe


Salam



Saturday 16 February 2013

Resepi - Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t


Kuih ni my favourite. Bila gigit tu, ohmaiiii melimpah gula dia. Sedap!


Pic masa 2009. Time aku form 4.


Bahan-bahan  (20 biji yang kecik)

100 gm tepung
200 ml santan sederhana pekat/susu segar
1 sudu besar jus pandan (Guna esen pandan pun boleh if tak ada daun pandan)
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
Beberapa titik pewarna hijau
Gula sebagai inti


Cara-cara

1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
2. Panaskan acuan, sapukan dengan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit pun cukup




Selamat mencuba!


Salam

Thursday 14 February 2013

Eh, dah nikah dah?


Assalamualaikum w.b.t


Eh, dah nikah dah? Laaa dah nikah dah Abang Yu kite ni. So, Selamat Pengantin Baru lah Abang Yu dan Kak Aisyah! :)



Hantaran dari pengantin lelaki iaitu belah kami lah. 7 dulang. 

Cantik kan combination warna silver dengan hitam! I'm so in love with it!



This is the bride, Kak Aisyah. Cantik kan! Kalau dia tak mekap pun lagi lawa. Muka licin je. 


Ni hantaran dari pengantin perempuan. 7 dulang juga


Haaa nampak tak kek kat dalam gambar tu? Dulang hujung sekali belah kanan. Haaa tu kek coklat namanya. Coklat dia macam pahit-pahit sikit la. Rasa kat tekak sampai sekarang. K. Tu je nak bagitahu.



Ni majlis akad nikah taw. Tapi siap ada pelamin lagi. Wuuuuuu~ Jakun kejap :p


Ni mama. Mama sibuk duk tanya "Kakak pun cepat-cepat lah nikah ye". K. Tipu je.



Sedara Pilah :)


With my anak buah and sepupu :)


Gambar pengantin lelaki? Tak ada dalam stock. Sorry. Ni gambar semua dari hp mama. Yang lain semua dalam camera cousin. Haishh, esok nak kena pergi rumah dieorang. Semata-mata nak copy gambar. Lol. 


Ok, Selamat Malam wahai beautiful and handsome :)


Salam


Wednesday 13 February 2013

Shopping without using my own money


Assalamualaikum w.b.t


Shopping tanpa guna duit sendiri memang seronok tapi sometimes tu rasa la juga bersalah bila guna duit orang. Ni bukan guna duit orang okay, ni situasi bila orang belanja. Orang belanja memang seronok but kalau dah selalu tu, seronok ke?


I went to Setia City Mall, for about thousand times already, petang tadi. Keluar ni pun bersebab. Sebabnya nak teman Mr pergi beli barang dia. Kalau dia datang kl/selangor, ada je benda yang dia nak beli. Aku selalu cakap dia tu shopping kalah perempuan. Aku sendiri tak shopping sehebat dia.


Then pergi lah singgah kedai favourite dia, Giordano, Padini, G2000, Primavera (ye kot Primavera, yang aku tahu sound dia prima like that la) dan Zara. Habis dia shopping ke dia sahaja. Then, lepas dah dapat barang dia, dia suruh aku beli something. In other words, dia nak belanja lah. Aku ni jenis entah lah. Segan lah orang belanjaaaaa! Then at one time tu, dia pick up satu baju kemeja perempuan dekat G2000. Dia nak aku pakai. Like serioussss? Gilo. Aku paksa dia letak balik. Tak nak la aku. Mahal lah.


Then pergi kedai Mango ( one of my favourite shops). Omomomo, aku jumpa satu baju tu, lawa mak aiiii tak boleh nak cakap. Then dia cakap, beli je lah. Tapi tak jadi beli sebab kesian die nanti kena bayar memahal. Eventhough dia tak kesah. Singgah Summit pulak, sebab dia suruh aku beli kasut untuk masuk belajar nanti. Aku cakap la tak payah sebab last 3 weeks dia dah belanja kasut untuk aku. Selepas argue argue argue, aku pun akur la. Pilih la satu kasut and dia bayarkan. Tapi puas hati la dapat kasut all time favourite kan! Hehe. Thanks! :)



Eeeeee, geram tengok kasut sendiri. Rasa nak cium-cium je. Haha


Pergi parkson pulak sebab dia nak cari kedai Daniel ape entah, aku pun tak pernah dengar kedai tu, tapi tak jumpa. End up dia belikan jeans untuk aku. Lol. Ada jugak dia beli. Haishh.


"Awak, qilah anggap semua ni sebagai hadiah hari jadi eh?"
"Tak payah nak mengada, hadiah hari jadi lain cerita"
"Hmmm. Ok"


Haaa ni sampai tahap aku rasa serba salah bila dia belanja aku. Memang tak salah dia belanja aku, sebab its not his parents money. Dia guna duit dia kerja (kerja part time lah). Tapi entah la. Still rasa guilty.


Salam.


p/s: Aku suka kasut bertutup. Tak rasa kaki togel. Kalau tak pakai sarung kaki pun rasa togel. Tutup kaki tu ye wahai wanita sebab itu aurat kita juga :)

Tuesday 12 February 2013

Resepi - Oreo Cheese Cake

Assalamualaikum .w.b.t



Ramai sangat yang nak minta resepi dengan aku, tak lama blog aku ni penuh la dengan resepi. Haha. Kali ni Oreo Cheese Cake pulak.



Ni gambar mama yang snap. Mama buat semua lawa kan :D


Bahan-bahan - Lose pan 6 inch

Untuk base

Bahan-bahan
20 keping biskut oreo (kalau nak jimat guna cream o pun cukup, asal ada rasa macam oreo) yang dah dibuang cream - Kisar sampai hancur
30 g butter (cairkan)

Cara-cara
Biskut dan butter cair digaul bebati dan dimasukkan kedalam acuan dan ditekan tekan sehingga padat. Sejukkan selama 30 mins dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.




Kek ni ada dua layer, bawah yang hitam tu (keras) and atas tu cheese


Bahagian atas

Bahan-bahan
125 gm cream cheese
2 sb susu pekat
120 whip topping cream -- biasanya guna jenama Rich
6 gm gelatin
50 ml susu cair (saya guna air saje)
1 sk lemon juice
10 keping biskut oreo yg sudah dibuang cream kat tgh (patahkan je, tak payah nak hancurkan habis)

Cara-cara
1. Cairkan gelatin bersama susu segar sehingga hancur dan sejukkan
2. Whip topping cream dipukul sehingga kental dan biarkan
3. Creamcheese dipukul sehingga gebu dan masukkan susu pekat dan item no.1. Pukul sehingga sebati
4. Kemudian masukkan lemon juice, biskut oreo dan item 2. Kacau secara kaedah kaup balik sehingga bercampur rata
5. Tuangkan adunan kedalam bahagian base n disejukkan selama 3 jam. (Kalau nak senang, letak je dalam peti sejuk tu satu malam.)





Selamat mencuba! 


Salam



Friday 8 February 2013

Resepi - Kek Pelangi

Assalamualaikum w.b.t


Harini ada member request nak resepi kek pelangi. Ni nak kongsi ni :)






Kek Pelangi


Bahan-bahan
2 cawan self-rising flour
1 cawan gula pasir halus
5 biji telur
250g butter
Pewarna (kuning, biru, hijau, ungu, merah, oren)
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (kacau susu pekat dengan susu cair sampai rata)


Cara-cara
1. Pukul butter dengan gula halus sehingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji kedalam adunan yang sedang dipukul.
3. Masukkan esen vanilla. Bila dah sekata, keluarkan dari mixer, dengan menggunakan spatula, masukkan self-rising flour sikit-sikit berselang dengan susu (sus cair+susu pekat). Kacau dengan spatula.
4. Selepas sekata, masukkan adunan kedalam 6 mangkuk. Masukkan pewarna.
5. Masukkan adunan yang berwarna tadi ke dalam loyang yang berasingan ikut warna untuk dibakar. (Kalau ada 3 loyang, maknanya kena 2 kali bakar lah) Loyang tu macam biasa, guna kertas minyak, minyak dengan tepung. Tak nak bagi melekat.
6. Bakar adunan 15min 140 degree




Biarkan sejuk sebelum letak ising.


Ising ( Ising keju/ Ising mentega)


Ising ni korang pilih la nak ising mana satu. Kalau aku buat haritu guna ising keju sebab mama cakap tak muak. Kalau ada yang suka ising biasa pun boleh je :)


Ising keju
Bahan-bahan
360g cheese philadelphia
70g mentega
200g gula ising (kurangkan if tak nak manis sangat)


Cara-cara
1. Putarkan cheese (dipotong untuk memudahkan kerja) dan mentega sampai kembang
2. Masukkan gula ising dan kacau rata.
3. Siap!


Ising Mentega
Bahan-bahan
150g krimwell
50g mentega tulen
230g gula ising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan meringue powder


Cara-cara
1. Timbang krimwell
2. Ayak guna ising sebelum digunakan
3. Timbang mentega lembut
4. Putar krimwell sampai ringan
5. Masukkan mentega dan putar lagi
6. Masukkan gula ising dan putar dengan kejaluan perlahan dulu.
7. Campurkan esen vanilla
8. Kacau semua bahan sampai gebu


Kat bawah ungu tu, aku letak sikit ising sebab tak nak bagi kek tu bergerak masa nak main pusing-pusing. Hehe


Itu jelah cara dia. Mudah kannnnn? Selamat mencuba! :)


Salam