Sunday, 26 May 2013

What teen? Twenteen?


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah I'm 20 years old already. Omomomo tak percaya dah masuk 20-an. Tak percaya yang aku ni dah besar and tak lama lagi nak kena sara hidup sendiri. InsyaAllah kalau panjang umur :) No sweet teen anymore lah. Dah Tweenty dah. My birthday tak ada yang menarik sangat pun. Aku melepet kat rumah je. Tak tahu penat sebab ape. Tapi ada juga la orang yang aku sayang buat surprise sikit. Secara kecil-kecilan je. Hehe






These are my sayangsss


Haaaa. Tu birthday surprise from my housemates. Ada 8 orang semuanya including me. Malam tu aku ada group discussion kat bilik kawan and then roomate aku ni tetiba nak print assignment. So, terpaksa la aku turun ke bilik aku semata-mata sebab Syahira ni nak print something. Kononnya lah kan. But then, masuk bilik je, bilik gelap and dieorang nyanyi lagi. I was like OMG! Aku menangis malam tu. Thanks to all of youu! Sayang korang sangat-sangat!





Birthday present from Mr


Yess, tu adalah birthday present from Mr sendiri. Dia bagi dalam satu bulan before my birthday sebab apa entah. Thank you so muchh! Masa ni aku terkejut juga sebab tak percaya pulak yang boleh dapat birthday present seawal tu kan. Happy gila tahu tak. Balik bilik letak hadiah tepi dulu, sebab esok tu ada test. Tetiba study malam tu, semangat dia lain macam sikit. Cewahhh. POYO!. Lepas test esok pagi tu, terus balik bilik and buka hadiah and belek puas-puas. Haha. Lambat betul nak dapat feeling dapat hadiah tu. By the way, thank you Mr for the surprise :)


Kawan dah sudah, Mr dah sudah and kali ni dari family pulak. Malam birthday aku tu Mak Lang's family ajak pergi Setia City Mall. Haha. Memang tak ada tempat lain dah. Memang situ je kiteorang akan lepak. Malam tu just pergi makan dekat kedai all time fav, Teh Tarik Place. Kalau keluar dengan family Pilah ni memang tak sah kalau tak pergi mengeteh. Malam malam buto pun boleh mengidam nak teh. Malam tu just makan-makan and I received a birthday present from Yusrah! Dapat hadiah daripada Body Shop. Wangi mak aihhh tak boleh cakap. Thanks semuaaa <3


Ok dah tu je. 28 ni birthday mama. Tak beli pape lagi ni. Duit pun tak ada. Mama dah pesan belikan barang dapur macam kuali ke pan ke ape ke. Tapi tak ada duit. Dah ramai birthday orang aku postpone dari bagi hadiah because of money. Hmmm. Birthday adik tak bagi lagi, birthday Mr aku tak bagi lagi. Lagi siapa eh? Haaaa adik Mr pun aku tak kasi lagi. Haishhh. Takkan birthday present mama pun nak kena postpone? Nampaknya macam tu lah.


Dah la. Tak nak membebel panjang la. Orang bukannya suka baca entry yang berjela-jela panjangnya kan. Ye dok? Ok. Selamat malam semua.


Salam

2 comments:

  1. qilahhh, happy belated birthday !! may Allah bless. jadi muslimah solehah insyaAllah =)all the best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you syera. amin amin amin :)

      Delete