Wednesday 13 February 2013

Shopping without using my own money


Assalamualaikum w.b.t


Shopping tanpa guna duit sendiri memang seronok tapi sometimes tu rasa la juga bersalah bila guna duit orang. Ni bukan guna duit orang okay, ni situasi bila orang belanja. Orang belanja memang seronok but kalau dah selalu tu, seronok ke?


I went to Setia City Mall, for about thousand times already, petang tadi. Keluar ni pun bersebab. Sebabnya nak teman Mr pergi beli barang dia. Kalau dia datang kl/selangor, ada je benda yang dia nak beli. Aku selalu cakap dia tu shopping kalah perempuan. Aku sendiri tak shopping sehebat dia.


Then pergi lah singgah kedai favourite dia, Giordano, Padini, G2000, Primavera (ye kot Primavera, yang aku tahu sound dia prima like that la) dan Zara. Habis dia shopping ke dia sahaja. Then, lepas dah dapat barang dia, dia suruh aku beli something. In other words, dia nak belanja lah. Aku ni jenis entah lah. Segan lah orang belanjaaaaa! Then at one time tu, dia pick up satu baju kemeja perempuan dekat G2000. Dia nak aku pakai. Like serioussss? Gilo. Aku paksa dia letak balik. Tak nak la aku. Mahal lah.


Then pergi kedai Mango ( one of my favourite shops). Omomomo, aku jumpa satu baju tu, lawa mak aiiii tak boleh nak cakap. Then dia cakap, beli je lah. Tapi tak jadi beli sebab kesian die nanti kena bayar memahal. Eventhough dia tak kesah. Singgah Summit pulak, sebab dia suruh aku beli kasut untuk masuk belajar nanti. Aku cakap la tak payah sebab last 3 weeks dia dah belanja kasut untuk aku. Selepas argue argue argue, aku pun akur la. Pilih la satu kasut and dia bayarkan. Tapi puas hati la dapat kasut all time favourite kan! Hehe. Thanks! :)



Eeeeee, geram tengok kasut sendiri. Rasa nak cium-cium je. Haha


Pergi parkson pulak sebab dia nak cari kedai Daniel ape entah, aku pun tak pernah dengar kedai tu, tapi tak jumpa. End up dia belikan jeans untuk aku. Lol. Ada jugak dia beli. Haishh.


"Awak, qilah anggap semua ni sebagai hadiah hari jadi eh?"
"Tak payah nak mengada, hadiah hari jadi lain cerita"
"Hmmm. Ok"


Haaa ni sampai tahap aku rasa serba salah bila dia belanja aku. Memang tak salah dia belanja aku, sebab its not his parents money. Dia guna duit dia kerja (kerja part time lah). Tapi entah la. Still rasa guilty.


Salam.


p/s: Aku suka kasut bertutup. Tak rasa kaki togel. Kalau tak pakai sarung kaki pun rasa togel. Tutup kaki tu ye wahai wanita sebab itu aurat kita juga :)

2 comments:

  1. woah!! :O

    Dia kerja part-time apa sampai boleh shopping banyak macam tu?? Kerja Starbucks ke apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Dia kerja sebagai agen product. Just cari customer je. Senang gila kerja dia. Duit yang dia belanja tu dia dah bahagikan duit belanja dengan duit simpan. Hehe

      Delete