Monday 8 October 2012

Situasi final

Assalamualaikum w.b.t


Sekarang tengah final. Lagi 4 papers tinggal. Wish me luck yeah! Petang-petang ni tak elok study kan. Hehe. So, daripada tak buat apa-apa, baik update blog kan. Dah lama tak update. Apa dia? Jogging? OMGucci! Memang tak lah. Malas sangat. Nak buat macam mana. Hmmmm.


Cakap pasal senario masa exam, memang macam-macam senario lah berlaku. Mula lah kawan tak puas hati bagi, benci sana benci sini. Nampak je rambut sama hitam, tapi hati semua lain-lain kan. Yang hanya dapat kita lakukan ialah bersabar. Kenapa kita kena berkawan dengan ramai kawan? Kenapa kita perlu mengumpul ramai kenalan? Kenapa? Kenapa? Sebab daripada kawan itu lah, kita dapat membina kekuatan dalaman kita ni. Daripada kawan lah kita dapat mengenal pelbagai jenis perangai. Daripada kawan lah kita dapat maju kehadapan.


So, walaupun kawan tu selalu menyakitkan hati kita, yang kita perlu buat hanya bersabar. Kalau nak cerita situasi aku sekarang memang aku tahan sampai menangis-nangis. Secara jujur aku bukan jenis kalau ada orang buat sakit hati kat aku, aku terus marah depan-depan. Aku senyap je. Biar dia rasa puas hati. Biar aku kena tindas. Asalkan dia yang tidak sakit hati. Aku jenis yang tak sanggup la tengok orang sakit hati sebab aku. Rasa teramat berdosa sebab buat hamba Allah sakit hati.


2 tahun tahan sakit hati, memang bengkak sebengkak bengkaknya! Ya Allah, hanya tinggal dua bulan untuk aku tahan semua tu. Ya Allah, tak tahan sangat dah ni Ya Allah. Jika doaku tidak dimakbulkan, aku mohon kepada Mu Ya Allah, lembutkan hati dia supaya dia tidak menyakiti hati kawan-kawan aku yang lain. Amin.


Salam.

1 comment:

  1. I pun bengkak ni. Hati I dah kena warded 3 hari dah masa cuti Hari Malaysia yg lepas. #eh

    ReplyDelete