Thursday, 25 July 2013

Trip to Terengganu Part 1


Assalamualaikum w.b.t


Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal trip aku ke Terengganu. Nak letak gambar je boleh? Mihmihmih







Adik sedara Sya. Comel!


Kemas dapur after berbuka


On 21hb tu, kiteorang berbuka di rumah Sya. Not kiteorang actually, mereka semua without me. Ini disebabkan aku sampai rumah Sya after berbuka. Aku pergi berbuka dekat Dataran Shahbandar. Perghhh ramai gila orang berbuka dekat dataran. Meriah jugak! Masa dieorang tengah kemas dapur tu, nampak la dieorang berbuka dengan nasi minyak. Sedap gila. Aku tak dapat tahan dengan sedapnya tu, last-last rasa la daging tu sikit. Umphh memang sedap!








After berbuka and solat terawih, kiteorang gerak ke Terengganu Trade Center (TTC). Pergi usha usha barang je. Banyak gila jual kerepek. Teringin nak beli, tapi pikir balik sebab dah cuti sem. Kalau masa tengah belajar beli kerepek tak ape lah jugak sebab tengah belajar boleh la makan kerepek tu. Tapi ni dah cuti sem, siapa nak makan kerepek tu kalau aku beli banyak-banyak?





My deskmate, Ezzatul (Jatul)














Pagi tu baru la kiteorang gerak ke Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang! Oh by the way, kiteorang stay satu malam dekat rumah Ani. Thanks Ani! Pagi tu before gerak ke maktab, macam biase lah, bergambarrr! Bergambar macam nak beraya dah. Itu lah kami, Kalau bergambar macam nak beraya siap. Pakai baju kurung lagi. Haha.



Diyana, Mimi and Pah


Teacher Diana (Chemistry) dah Teacher Rozi (Physics). The best teachers ever!


Cikgu Kamariah a.k.a Mama K. Guru kelas aku and ajar Math Mod. Cikgu garang tapi awesome! Rawrrrrr


My table! Tapi meja aku tak ade lah sepah macam tu. Ececehhh yakin je. Haha


Good luck for SPM candidates MRSM Kuala Berang!

Sir Wawa (Add Math). Sir yang paling cool. I love the way he teach. Sir yang buat aku rasa add math subject paling senang nak score. Thank you sir! :)


Our homeroom teacher! Mummy! Aku selalu menangis dekat mummy bila result teruk la, bila homesick la. Menangis dalam jabatan + Cikgu-cikgu lain semua tengok. Haha. Tak tahu malu langsung.



Haaaa, faham tak perjalanan cerita tu? Tahu kan? Macam biasa lah pergi sekolah, mesti la jumpa cikgu. Aku tak dapat jumpa adik aku, Farid sebab dia tengah Pre-Trial dekat dewan. Ini adik kandung okay, bukan adik angkat ke ape ke. Adik sendiri pun tak terlarat nak angkat, nak angkat adik orang pulak. Ade hati konon. Lol. 




After dah pergi maktab, kiteorang semua gerak ke Kuala Terengganu. Dekat je. Tak sampai satu jam nak ke KT. Semua nak balik rumah masing-masing.Semua berbuka dalam bas. Tak semua la. Semua tiket bas pukul 4petang. Aku beli tiket ke Kemaman sebab abah ada kat Kemaman. Haaaa, cerita kat Kemaman kita masuk dalam post Trip to Terengganu Part 2. Amboiii retis betul. Haha. Kbai


Salam. 

3 comments:

  1. Replies
    1. Amboi mi. Haha. Kenapa mimi tak adaaaaaa :(

      Delete
  2. gamba along x banyak. laen kali nak conquer abis camera qilut,,hhaa

    ReplyDelete