Thursday, 28 February 2013

Kolej Melati


Assalamualaikum w.b.t


Atas permintaan kawan-kawan aku yang sememangnya comel belaka, aku update la pasal Kolej Melati ni. Mesti la curious pasal kolej ni sebab selama ni hidup dekat rumah, tapi naik degree ni hidup dalam asrama. Yes, memang berbeza dengan dulu. Ok, aku membebel banyak pun tak guna juga sebab korang nak tahu pasal kolej kan, bukan pasal aku. Haha


Muka happy nak masuk asrama, mungkin?

Yusrah, my cousin. Dia sorang je teman aku pergi daftar


Haaaa akak JPK tu cakap tak boleh nak main cop cop bilik dengan kawan tahu. Kalau nak bilik sama dengan kawan, kena make sure kawan tu ada sekali masa daftar. At the same time Syahira Abdul Rahman pun daftar sama dengan aku dan aku dapat sebilik dengan dia. Bilik dua orang babe! Haha.


Memang jakun gila bila dapat bilik. Dah la tempat dia besar (kalau nak banding dengan puncak perdana lah) then, ada lif! (Haaa yang ni memang jakun gila naik lif pergi bilik. Haha. Puncak Perdana tak ada lif. Ada tangga je) Aku dapat blok 4B. Alhandulillah dapat aras 1. Bila dah usha bilik semua, mula lah pengangkutan barang-barang ke bilik. Aku bawa 2 beg, 2 kotak and baldi. Tu pun akak tu dah cakap "Banyaknya barang awak!" Ha? Aku stuck sekejap time tu. Banyak? Rasa tu sikit dah tu. Haha


Bilik aku


Maaf la ye. Camera tak berapa nak awesome gambarnya. Maklum la camera yang dah 6 tahun guna dengan 6MP sahaja. Ni baru lepas angkut barang semua dengan peluh-peluh penatnya. Lol. Aras satu je pun. Buat masa ni pakai kasut masuk bilik sebab plan nak mop lantai tu nanti. Maybe hari Ahad nanti. 


What? WIFI? Haa tu aku tak sure. Tak sempat nak test. Aku pakai 3310, mana boleh nak connect dengan WiFi der. Tapi aku ada nampak macam benda alah modem lekat dekat siling luar bilik aku. Mungkin itu WiFi. Mungkin.


Itu almari

Itu dua almari k. Bukan satu almari. Kecil? Oh memang sangat kecikkkk! Aku masukkan baju aku satu beg pun dah penuh. Beg kedua tu main sumbat je. Mujur la baju aku dua beg je. Kalau tak, kena request satu lagi almari. Haha. Dalam bilik tu ada 4 plug. Tu je lah rasanya. Oh ye. Kasut letak luar ye. Macam asrama. Haha

Ni katil


Meja study

Korang tengok la kerusi tu! Ohmaiiii, kerusi berbantal. Haha. Tak ada dah kerusi plastik macam dekat Puncak tu. Korang nampak tak depan meja tu ada apa? Ada softboard and whiteboard! Haha. Ok, aku nampak jakun sangat -.-




Toilet dia macam mana? Aku sempat usha toilet num 6 je. Dalam toilet tu ada 2 jamban, 2 shower dan 4 singki. Tempat sidai kat kawasan tu r. Ok jugak la tempat sidai baju dia. Buat masa ni toilet dia nampak sangat bersih. Tempat dia memang bersih. Tak ada la macam bersih sangat. Tapi bersih standard asrama la. Faham? Haaa :p


K lah, tu je lah kot. Nak hantar adik sekolah ni.


Salam


Wednesday, 27 February 2013

Kelam-kabut


Assalamualaikum w.b.t




Biasalah, bila nak jadi pelajar baru ni semua kelam kabut. Nak daftar kursus la, nak daftar kolej la, macam-macam. Aku pun jadi kelam-kabut juga tadi sebab tetiba dieorang cakap pasal daftar kursus. Mana tak kabutnya sebab masa tu aku kat luar. Gelabah sangat okay. Terima kasih kat mama sebab ada phone canggih yang ada internet, boleh la aku tahu ape yang terjadi. Kalau tak ada phone mama tu, hmmmm tenggelam la aku tak tahu pape. Maklum la, kite ni tak ada duit nak pakai smart phone. Lol *Ayat minta kaki*


Alhamdulillah semuanya dah selesai. Sekarang cuma tunggu nak daftar kolej je. Doakan aku dapat bilik yang best k. Amin :)



Salam

Monday, 25 February 2013

Awana Kijal

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni update via mobile because malas nak buka laptop. First time update via mobile. I dont know how it turns out nanti. Redho je le. By the way, I went to Kijal last Saturday till today. Saje menyibuk nak ikut abah pergi kerja. Kijal tu pun tak ada pape sangat. Kalau nak lepak, ke mesra mall je lah.

We stayed at Awana Kijal Hotel. Hotel tu dah lama sangat. Lama kat sini bukan bermaksud hotel tu berhantu okay, cuma barang-barang kat hotel tu sangat antik. Haha. Yang best kat sini, facilities dia sangat best berbanding hotel yang ada di tengah bandar. Ada pool, gym, spa, beach, golf, tennis court and macam-macam lagi lah. Memang seronok bila semua benda ada. Baru hotel namanya! *promote hotel nampak*

Rasa relax sangat bila duduk situ. Keluar dari bandar yang sibuk. Apa pun, aku still rindu rumah. :) Aku tak snap banyak sangat gambar sebab hujan dari pagi sampai ke malam. (Tak ade kena mengena). Nak pergi pantai pun tak boleh. Sedih :'(

p/s: Mood nak balik asrama membuak-buak!

Friday, 22 February 2013

Berdebar mungkin?


Assalamualaikum


Berdebar? Berdebar nak masuk degree? Mungkin. Tapi ada juga excited nak masuk degree. Mesti lebih mencabar berbanding diploma kan. Orang cakap degree ni susah, degree ni stress, degree ni tu la ni la macam-macam. Scary? Mestilah bila dah kena psycho dengan orang. 


Tapi kan, aku ada terbaca blog senior, die cakap degree Part 4 ni macam bosan sikit. Eh? Bosan ke kak? Subjek pun dah 8 subjek pun bosan eh? Mungkin bosan dari segi lain. Mungkin. Yes, mungkin. Tak mungkin lah senior tu bosan dengan life degree. 


Petang tadi dapat notis dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti Perakaunan. Notis pasal Part 4 Degree lah. Memang excited gila nak baca. Haha. 




Dah baca notis dia? Subjek macam biasa, 8 subjects semuanya. I know. UiTM memang suka bagi budak stress nak menggila. Lecturer pun dah pernah cakap ramai yang menangis sebab stress. Scary okay. Dalam notis tu yang menarik minat aku isssssss "Kelas untuk semester 4 bagi pelajar Normal Track dan Fast Track tidak akan diasingkan lagi". Waaaaa! Menarik! This means that batch aku bertambah ramai la. Ye dok? Then, ramai la kenalan baru. Wuuuu itu seronok! Dapat ramai kawan! Hehe. Ok dah.


Bila dah dapat notis ni, semangat tetiba membara nak masuk belajar. Haaa mula la buat list barang-barang nak pack nanti. Takut-takut tertinggal kan. (Padahal rumah dekat je, boleh je patah balik amik barang) Kita kena lah pre-planning *bak kata abah* Haha



List barang aku


Tu semua barang yang aku ingat. Ada lagi yang tak masuk list. Cawan, sudu garfu tak masuk lagi. Baldi lagi. Alquran dan Al Mathurat. Haaa. (Baru teringat -.-) Biasalah. Perempuan. Banyak benor barang nak bawa. Macam nak pindah rumah tak balik-balik dah orang cakap. Ok, sekarang kita tengok side lelaki pulak. Mesti sikit je dieorang bawa. Dieorang tu lek lek cool je. Kalau tak cukup, pinjam orang. Haha


List barang lelaki. Mungkin.


Sikit kan? Haha. Aku rasa la. Sebab aku tengok adik aku tu pun, sikit je barang die bawak balik asrama. :)


Salam