Wednesday, 28 August 2013

Resepi - Orange Choc Chip Muffin


Assalamualaikum w.b.t


Akibat bosan teramat harini, terjadilah Orange Choc Chip Muffin! Ingat nak ajak mama pergi round round habiskan minyak kereta, tapi tak tahu nak round ke mana. Kalau nak keluar pun tanpa sebab memang tak best. Nak keluar pergi terjah kedai makan, puasa pulak harini. Haishhh so duduk je lah rumah sepahkan dapur mama.




Bahan2

A. Di ayak .
300gm Self rising flour    
30gm serbok koko
Secubit baking powder.

B. Buttermilk
90  gm fresh milk di campurkan
1 sudu besar cuka
. biarkan selama 10  minit.

C. Cairkan
90gm fresh cream
60gm coklat masakan (coklat bar)
2 sudu besar orange elmulco. (sunquick pun boleh)

D.
3 bijj telur pecahkan dan dipukul sekejap
Secubit garam
150gm gula halus
150gm minyak jagung (minyak masak biasa pun ok je)

100 gm coklat chip. Ratakan dengan sedikit tepung. 





Cara-cara

1. Panaskan oven 200 darjah celcius
2. Masukkan bahan B,C dan D ke dalam mangkuk. Kacau hingga gula hancur dan sebati. Guna hand whisk sahaja. No need mixer.
3. Masukkan tepung yg diayak tadi. Kacau sehingga tidak berketul.
4. Masukkan separuh coklat chip dan separuh lagi untuk ditabur di atas adunan.  
5.Timbang 50gm each kedalam souffle cup 2.5oz atau 80% drp size paper cup.
6. Bakar selama 16 - 20 minit. 








Yang buat dulu. Kenapa dulu cantik je naik tapi harini tak? T.T


Mostly pic mama. Haha. Yang pic yang belum bake tu je pic yang buat tadi. Ini disebabkan bila dia dah masak, jadi tak cantik macam mama buat sebab tersalah guna bekas besar -.- Tapi abah cakap sedap sangat! Heheheheeeee 


Takpe, rupa tak kisah. Makan kunyah kunyah masuk perut hancur jugak akhirnya kann.


Selamat mencuba!


Salam. :)



No comments:

Post a Comment