Friday, 30 August 2013

Free manicure!


Assalamualaikum w.b.t




Haaa nampak tak gambar tu tengah seronok manicure secara percuma! Haha. Ini disebabkan 26 Ogos until 30 Ogos Fitworx ada buat open day! So, manicure and massage pun ada. Free tahu tak! Siapa tak suka free kan. Tadi buat la manicure tu tapi mintak die cuci je lah. No colour colour. Puas hati la jugak dapat free. Mama pun buat jugak. Hehe.


Arsyad and me tengah tunggu mama manicure. Saje nak selfie :p

Tengok colour warna warni ni tergugat la jugak. Macam nak je warna kuku. Tapi tak boleh. Guna water colour je lah. Hehe. Seronok bila ada open day ni sebab lepas penat-penat exercise, boleh relax sambil ada orang cuci kuku. Kalau ikutkan hati nak je sampai ke kaki dia buat. Haha. Tapi dia sediakan manicure je tak sekali dengan pedicue :(


by the way, Selamat Hari Merdeka semua! :)


Selamat malam!


Salam.

Wednesday, 28 August 2013

Resepi - Orange Choc Chip Muffin


Assalamualaikum w.b.t


Akibat bosan teramat harini, terjadilah Orange Choc Chip Muffin! Ingat nak ajak mama pergi round round habiskan minyak kereta, tapi tak tahu nak round ke mana. Kalau nak keluar pun tanpa sebab memang tak best. Nak keluar pergi terjah kedai makan, puasa pulak harini. Haishhh so duduk je lah rumah sepahkan dapur mama.




Bahan2

A. Di ayak .
300gm Self rising flour    
30gm serbok koko
Secubit baking powder.

B. Buttermilk
90  gm fresh milk di campurkan
1 sudu besar cuka
. biarkan selama 10  minit.

C. Cairkan
90gm fresh cream
60gm coklat masakan (coklat bar)
2 sudu besar orange elmulco. (sunquick pun boleh)

D.
3 bijj telur pecahkan dan dipukul sekejap
Secubit garam
150gm gula halus
150gm minyak jagung (minyak masak biasa pun ok je)

100 gm coklat chip. Ratakan dengan sedikit tepung. 





Cara-cara

1. Panaskan oven 200 darjah celcius
2. Masukkan bahan B,C dan D ke dalam mangkuk. Kacau hingga gula hancur dan sebati. Guna hand whisk sahaja. No need mixer.
3. Masukkan tepung yg diayak tadi. Kacau sehingga tidak berketul.
4. Masukkan separuh coklat chip dan separuh lagi untuk ditabur di atas adunan.  
5.Timbang 50gm each kedalam souffle cup 2.5oz atau 80% drp size paper cup.
6. Bakar selama 16 - 20 minit. 








Yang buat dulu. Kenapa dulu cantik je naik tapi harini tak? T.T


Mostly pic mama. Haha. Yang pic yang belum bake tu je pic yang buat tadi. Ini disebabkan bila dia dah masak, jadi tak cantik macam mama buat sebab tersalah guna bekas besar -.- Tapi abah cakap sedap sangat! Heheheheeeee 


Takpe, rupa tak kisah. Makan kunyah kunyah masuk perut hancur jugak akhirnya kann.


Selamat mencuba!


Salam. :)



Monday, 26 August 2013

Family Gathering


Assalamualaikum w.b.t


After raya ni makin malas nak update blog. Tapi kena jugak update untuk setiap cerita penting. Sebab nanti bila dah makin besar nanti boleh la baca older post. Seronok!. Hehe. Semalam 25082013 abah plan buat open house. Tak ade lah open house sangat tapi  ni lebih kepada family gathering je. Panggil sedara mara je sebelah mama and sebelah abah. Buat ni pun sebab lepas siap renovate rumah last year, cousins aku sibuk request kambing golek bagai. Haha. Then, abah pun buat la keputusan nak buat makan makan. Ni pun last minute plan! Alhamdulillah ramai yang datang kecuali yang duduk jauh-jauh la. 






Amik gambar dengan kambing pun boleh. Haha. Ehh bukan selalu dapat kambing golek kat rumah!


Farid tak ada sebab sekolah. Dia balik after SPM nanti. Poor him.








Orang cakap muka dia serupa macam muka aku waktu kecik. 


Tapi budak ni lagi comel lah. Hehe














After open house, ada marhaban. Jiran yang join marhaban solat Isyak kat rumah.
Fuhhhh mujur muat


 Separuh tak ada. Tapi still meriah! Sayang dieorang semua!


Salam.



Monday, 19 August 2013

Selamat hari raya!


Assalamualaikum w.b.t


Lol dah raya keberapa entah, baru nak ucap gini? Tak apa. Still syawal kan. Kita raya sebulan, bukannya sehari dua je kan. Open house pun still bersepah lagi. Ok. Nak cerita pasal hari raya ni tak ade yang menarik sangat pun. Tahun ni raya kat Kelantan belah mama. Semua orang balik. Tapi semua balik malam raya. Haiyaaaa kau tahu tak bosan dia macam mana bila aku dah ada kat Kelantan tu seminggu before raya? Fuuuhhhh dah la dengan tak ada orang kat sana, sedara semua balik last minute. Hmmmm kerja aku tidur je lah or pergi supermarket untuk kill the time! Lol. 


Hari raya macam biasa lah pergi melawat sanak saudara semua. Abah tak balik raya sebab kerja. Dalam hidup aku tak silap ni second time abah tak balik raya. Aku terfikir, ni baru second time. Kalau orang lain tu yang duduk perantauan tak balik? Macam member-member yang study oversea? Sedih kan. Haaaaaa. Tahu kau sedih dia macam mana bila kita sorang je yang tak ada. 



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN !


Salam.