Assalamualaikum w.b.t
Emmmmm yum yum. Bila cakap pasal makanan, siapa yang tak suka kan. Menipu la kalau ada yang cakap tak suka. Kalau yang cakap tu mesti nak motivate-kan diri supaya jangan makan sebab on diet. Lol. Aku pun tengah on diet sekarang. Tapi aku tengok cara pemakanan aku tak nampak macam diet punggg. Sembang je lebih kan -.-
By the way, petang tadi aku bakar kek! YES BAKAR KEK! I also didn't believe it. Selama aku hidup ni, baru aku buat 4 jenis kek. Sikit kan? Aku dengar kawan aku dekat asrama tu dah buat macam-macam kek dah. Tak pe lah. Tu minat dieorang. Aku ni bukan minat. Tapi ni paksarela.
First cake yang aku buat, Oreo cheese cake. Yang tu aku buat masa kat kemaman dulu. Nak sambut Mr's birthday. That was the first time aku buat cake. Ni bukan paksarela. Ini sukarela k. Hehe. Tapi macam biasa lah, first cake kan faham-faham je lah. Mesti ada slack sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Aku tak rasa pun cake tu, aku terus bagi dia and suruh dia makan dengan family dia.
Second cake yang aku buat, Chocolate cake. Choc cake ni kan ada banyak jenis. Aku tak ingat jenis apa yang aku buat, tapi yang aku buat ada topping choc sekali. Haaa kek ni lah yang kena paksa dengan mama. Aku pun tak faham kenapa mama tetiba suruh aku buat kek ni. Bila dah kena paksa, memang malas menguasai diri lah kan. Bahan semua mama yang sediakan. Resepi pun sama. Aku just follow the resepi je. Ada je masa terluang sikit, aku terus lari keluar dapur. Then, mama panggil. Pergi lah ke dapur balik. Berulang kali berlaku macam ni. Malas punya pasal. And the result? Choc cake tu tak sedap, kurang keenakan. Sebab, aku buat dengan paksa. Kalau buat dengan rela hati, insyaAllah akan sedap :)
Third, rainbow cake! Haaaa cake ni aku sendiri yang nak buat sebab kalau beli kat kedai memang haram jadah mahalnya. Habis duit den kalau beli. Nak cari pun susah. Tengok kawan post, semua beli dekat kl. Shah Alam ni macam tak ada je. Maybe aku je kot yang tak jumpa. Daripada aku buang masa mencari kedai yang jual rainbow cake tu and buang duit beli, baik aku buat. Bahan-bahan semua dah ada dekat rumah. Just nak buat je. Haaaa cake ni mama cakap sedap sebab aku buat dengan penuh gembira. Alhamdulillah. Hehe. Serious excited bila tengok warna-warni.
Rainbow cake. Guna cheese topping with oreo! :D |
Lastly, Red velvet cake. Kek ni buat sama-sama dengan mama. Kek ni baru buat petang tadi. Hehe. aku buat kek ni sebab mama duk tanya bila nak buat red velvet. Mama memang macam tu, kalau ada something yang mama nak buat, mesti mama akan tanya berkali-kali, sampai kiteorang cakap OK. Haha. My lil bro, Arsyad tu pun macam mama. Hehe. So then petang tadi, lepas zohor, mama ajak aku lagi. Buat kali yang ke berapa entah. Haha. Lawak lawak. Last sekali aku pun cakap, iyolah. Then, taraaaaaaaa! By the way, buang-bunga tu mama yang buat, aku buat tak jadi, ada besar ada kecil. Tak sekata. :p
Red velvet dengan cheese sebagai topping. |
Nak adun cake ni ada cara jugak. Haaaa. Aku tahu aku agak lame. Baru tahu masa mula buat cake. Ada cara nak gaul adunan dia. Bukan main gaul je tau. Kan kita dah pukul adunan tu sampai kembang, so, bila nak gaul dengan pewarna tu, jangan main gaul macam nak pecahkan telur sebab tahu angin dalam adunan tu keluar. And lagi satu, aku ingatkan lepas dah pukul butter gula bicarbonate telur segala bagai guna mixer, kena masukkan tepung terus dalam mixer tu. Tapi tak. Masa nak masukkan tepung tu kena gaul guna spatula. Tak boleh guna mixer. Lupa pulak nak tanya mama kenapa. Yang ni je yang aku tahu. Lol
Korang semua mesti dah tahu kan semua ni. Ye lah, benda basic untuk buat kek kan. Hehe. Aku baru tahu. Hehe.
Ok lah sayang sayang sekalian. Beta mahu beradu. Cewahhhh. :p
Salam
Lawa gila!
ReplyDeleteRainbow cake macam susah je nak buat, tak compliated ke?
Tak pun. Cara buat kek biasa je. Yang leceh nya kena guna banyak bekas. Tu je yang leceh sikit. Yang lain ok. Hehe
ReplyDelete