Saturday, 6 July 2013

Two papers

Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak update. This just a short update. Daripada tak update langsung, baik update sikit2 kan. Haaaa. Final dah nak habis. Tinggal lagi dua papers. Gap panjang. Tak faham la kenapa dieorang suka buat gap lama-lama ni, makin malas nak study tahu? Alhamdulillah semua papers went well. Even susah macam nak cabut kepala ke apa semua, kena redha sebab dah try the best. Kalau tetiba datang sakit kepala time jawab paper tu benda biasa. Jawab paper sampai tak sempat nak angkat pen and angkat kepala pun benda biasa. Hmmm dieorang memang suka bagi soalan yang banyak dengan masa hanya 3 jam. Setiap kali lepas habis paper, mesti makan panadol and terus tidur. Tak boleh nak tahan sakit dia. Parah. K. Overnya. 


Harini melepet kat rumah sebab petang tadi baru habis paper. Kepala hotak dah penat. Pikir nak lepak-lepak je malam ni and esok baru sambung study for the next paper. Wish me luck for the remaining papers :)







Ni makan dekat Chilli's after habis paper PSA 420 bersama Mr's sister. Melepak malam tu. Balik bilik, kenyang, perut dah ketat, terus tidur. Haha. Heaven betul malam tu. Ok tu je nak cakap.


Salam :)

Sunday, 23 June 2013

Jerebu

Assalamualaikum w.b.t


Hai semua. Ni just short post sebab tak tahu nak kata apa and since dah lama tak update blog. Berjerebu juga blog aku ni. Lol. Tambah-tambah pula sekarang ni musim jerebu. Jerebu di Shah Alam start semalam dia jadi a bit teruk. Harini pun aku tak keluar bilik, and I dont know how teruk it is for today. Hari ni I'm fasting sempena Nisfu Syaaban. Salam Nisfu Syaaban everyone :) Bila puasa lagi la tak keluar bilik kan. Harini dah mula bau asap masuk dalm bilik even aku dah tutup semua tingkap and pintu.Die masuk kut celah-celah tingkap dengan pintu. Takpe lah. Redha je lah. Semoga hujan turun di Shah Alam dan di tempat lain juga.




Sempena nak final ni, kena la jaga kesihatan dengan baik kann. Amboi ayat. Semalam baru aku balik ke kolej semua untuk study. Rehat satu hari (Sabtu) dari pegang buku kejap. Haaaaa, eyemo tak beli lagi. Takut-takut tetiba pedih mata ke apa ke. Tapi setakat ni Alhamdulillah tak pedih lagi. Cuma risau sakit tekak je. Bekalan air mineral mesti ada dalam bilik ni. Sedozen air 1500ml dah nak habis. So, before balik kolej semalam sempat singgah beli kejap. Beli sedozen untuk bekalan tiga minggu di sini. Harap cukup lah. InsyaAllah. 







So, lastly tolong doakan aku and rakan-rakan seperjuangan aku nak jawab final yang bermula 26hb ni. Cepat je waktu degree ni habis. Dah nak habis part 4 dah. Nanti dah part 5 then part 6 then part 7 and lastly part 8. Fuhhhh sekejap je. Then kahwin. Hahaha. Kbye.


Salam.


Thursday, 30 May 2013

Homeworkday


Degree life really drives me crazy. Reading reports and all these stuffs are soooo bosan. 


It is holiday lah! Not homeworkday.




May Allah ease everything. Amin


Salam

Sunday, 26 May 2013

What teen? Twenteen?


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah I'm 20 years old already. Omomomo tak percaya dah masuk 20-an. Tak percaya yang aku ni dah besar and tak lama lagi nak kena sara hidup sendiri. InsyaAllah kalau panjang umur :) No sweet teen anymore lah. Dah Tweenty dah. My birthday tak ada yang menarik sangat pun. Aku melepet kat rumah je. Tak tahu penat sebab ape. Tapi ada juga la orang yang aku sayang buat surprise sikit. Secara kecil-kecilan je. Hehe






These are my sayangsss


Haaaa. Tu birthday surprise from my housemates. Ada 8 orang semuanya including me. Malam tu aku ada group discussion kat bilik kawan and then roomate aku ni tetiba nak print assignment. So, terpaksa la aku turun ke bilik aku semata-mata sebab Syahira ni nak print something. Kononnya lah kan. But then, masuk bilik je, bilik gelap and dieorang nyanyi lagi. I was like OMG! Aku menangis malam tu. Thanks to all of youu! Sayang korang sangat-sangat!





Birthday present from Mr


Yess, tu adalah birthday present from Mr sendiri. Dia bagi dalam satu bulan before my birthday sebab apa entah. Thank you so muchh! Masa ni aku terkejut juga sebab tak percaya pulak yang boleh dapat birthday present seawal tu kan. Happy gila tahu tak. Balik bilik letak hadiah tepi dulu, sebab esok tu ada test. Tetiba study malam tu, semangat dia lain macam sikit. Cewahhh. POYO!. Lepas test esok pagi tu, terus balik bilik and buka hadiah and belek puas-puas. Haha. Lambat betul nak dapat feeling dapat hadiah tu. By the way, thank you Mr for the surprise :)


Kawan dah sudah, Mr dah sudah and kali ni dari family pulak. Malam birthday aku tu Mak Lang's family ajak pergi Setia City Mall. Haha. Memang tak ada tempat lain dah. Memang situ je kiteorang akan lepak. Malam tu just pergi makan dekat kedai all time fav, Teh Tarik Place. Kalau keluar dengan family Pilah ni memang tak sah kalau tak pergi mengeteh. Malam malam buto pun boleh mengidam nak teh. Malam tu just makan-makan and I received a birthday present from Yusrah! Dapat hadiah daripada Body Shop. Wangi mak aihhh tak boleh cakap. Thanks semuaaa <3


Ok dah tu je. 28 ni birthday mama. Tak beli pape lagi ni. Duit pun tak ada. Mama dah pesan belikan barang dapur macam kuali ke pan ke ape ke. Tapi tak ada duit. Dah ramai birthday orang aku postpone dari bagi hadiah because of money. Hmmm. Birthday adik tak bagi lagi, birthday Mr aku tak bagi lagi. Lagi siapa eh? Haaaa adik Mr pun aku tak kasi lagi. Haishhh. Takkan birthday present mama pun nak kena postpone? Nampaknya macam tu lah.


Dah la. Tak nak membebel panjang la. Orang bukannya suka baca entry yang berjela-jela panjangnya kan. Ye dok? Ok. Selamat malam semua.


Salam