Tuesday, 30 July 2013

This will inspire you



Assalamulaikum w.b.t


I just watch a video from Fina's timeline (kantoi stalk fina. Haha). Tajuk dia "This will inspire you". Sebenarnya nak share post fina dekat my facebook page, tapi ternampak video ni. Perghh memang tersentuh hati tengok video ni. Dengan background music die lagi. Pandai eh hang pilih music :p


This is the video. Happy watching! :)




Salam.



Sunday, 28 July 2013

Tart nenas


Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar semua di 20 Ramadhan? Bangun qiamulail tak? Dah sepuluh malam terakhir dah ni haaaa. By the way, nak share story sikit sebab excited dapat buat biskut raya! My faveret biskut raya, tart nenas! Dulu mama siap belajar dengan Cik Nor (mak sedara) untuk buat tart ni sebab aku makan macam tak ingat dunia. Cepat je habis. Dah nama kuih feveret kan.






Adik sibuk nak tolong


Sapu telur kuning atas 2 3 tart je, then dah tak nak buat. 



Besar semua boleh tahan sekata. Tak ada yang besar kecik besar kecik :)


Buat satu dulang je. Dapat la satu balang besar and satu balang kecik. Kalau buat banyak-banyak tak ada siapa pun nak makan. Tabik untuk orang yang amik tempahan kuih raya nni. Jenuh nak buat kuih raya ni. Perlukan ke-teliti-an. *Fail bm*


Salam.






Saturday, 27 July 2013

Trip to Terengganu Part 2


Assalamualaikum w.b.t


Amboiii sampai ada part 2 gitu. Haha. Padahal pergi terengganu je pung. Bukannya pergi luar negara ke apa. Tak ape lah. Terengganu tetap best! Macam biase, nak letak gambar jee.





View from my room

Mengisi masa lapang

Aku amik tiket dari Kuala Terengganu ke Kemaman. Tapi aku stop kat Kijal sebab abah ada dekat Kijal. Abah ada kerja. Mujur la abah ada kerja masa dieorang plan nak ke maktab, kalau tak memang tak boleh la nak jejak kaki ke maktab. Then aku lepak-lepak dekat Awana Kijal Resort about 3 day 2 night sebab abah kerja.


The lobby


Still using a key instead of a card. Old school punya hotel. :p


Lepas housekeeping datang kemas. Nampak la kemasnya. Kalau tak.....


On my way to the beach! HOyeahhh!


Chillin at the beach before berbuka














Aku memang suka snap gambar kasut. Tak dok kijooo




Letak gambar je cukup la kan? Ni gambar ala ala forever alone la sikit. Lepak pantai sorang sorang. Lepak dalam bilik sorang sorang. Having fun sorang sorang. Sedih kan? Lol. 


Selamat berpuasa semua! Dah nak habis dah bulan puasa. Jangan lupa perbanyakkan lagi ibadat tu. Ramadhan dah nak habis :'(


Salam

Thursday, 25 July 2013

Trip to Terengganu Part 1


Assalamualaikum w.b.t


Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita pasal trip aku ke Terengganu. Nak letak gambar je boleh? Mihmihmih







Adik sedara Sya. Comel!


Kemas dapur after berbuka


On 21hb tu, kiteorang berbuka di rumah Sya. Not kiteorang actually, mereka semua without me. Ini disebabkan aku sampai rumah Sya after berbuka. Aku pergi berbuka dekat Dataran Shahbandar. Perghhh ramai gila orang berbuka dekat dataran. Meriah jugak! Masa dieorang tengah kemas dapur tu, nampak la dieorang berbuka dengan nasi minyak. Sedap gila. Aku tak dapat tahan dengan sedapnya tu, last-last rasa la daging tu sikit. Umphh memang sedap!








After berbuka and solat terawih, kiteorang gerak ke Terengganu Trade Center (TTC). Pergi usha usha barang je. Banyak gila jual kerepek. Teringin nak beli, tapi pikir balik sebab dah cuti sem. Kalau masa tengah belajar beli kerepek tak ape lah jugak sebab tengah belajar boleh la makan kerepek tu. Tapi ni dah cuti sem, siapa nak makan kerepek tu kalau aku beli banyak-banyak?





My deskmate, Ezzatul (Jatul)














Pagi tu baru la kiteorang gerak ke Maktab Rendah Sains Mara Kuala Berang! Oh by the way, kiteorang stay satu malam dekat rumah Ani. Thanks Ani! Pagi tu before gerak ke maktab, macam biase lah, bergambarrr! Bergambar macam nak beraya dah. Itu lah kami, Kalau bergambar macam nak beraya siap. Pakai baju kurung lagi. Haha.



Diyana, Mimi and Pah


Teacher Diana (Chemistry) dah Teacher Rozi (Physics). The best teachers ever!


Cikgu Kamariah a.k.a Mama K. Guru kelas aku and ajar Math Mod. Cikgu garang tapi awesome! Rawrrrrr


My table! Tapi meja aku tak ade lah sepah macam tu. Ececehhh yakin je. Haha


Good luck for SPM candidates MRSM Kuala Berang!

Sir Wawa (Add Math). Sir yang paling cool. I love the way he teach. Sir yang buat aku rasa add math subject paling senang nak score. Thank you sir! :)


Our homeroom teacher! Mummy! Aku selalu menangis dekat mummy bila result teruk la, bila homesick la. Menangis dalam jabatan + Cikgu-cikgu lain semua tengok. Haha. Tak tahu malu langsung.



Haaaa, faham tak perjalanan cerita tu? Tahu kan? Macam biasa lah pergi sekolah, mesti la jumpa cikgu. Aku tak dapat jumpa adik aku, Farid sebab dia tengah Pre-Trial dekat dewan. Ini adik kandung okay, bukan adik angkat ke ape ke. Adik sendiri pun tak terlarat nak angkat, nak angkat adik orang pulak. Ade hati konon. Lol. 




After dah pergi maktab, kiteorang semua gerak ke Kuala Terengganu. Dekat je. Tak sampai satu jam nak ke KT. Semua nak balik rumah masing-masing.Semua berbuka dalam bas. Tak semua la. Semua tiket bas pukul 4petang. Aku beli tiket ke Kemaman sebab abah ada kat Kemaman. Haaaa, cerita kat Kemaman kita masuk dalam post Trip to Terengganu Part 2. Amboiii retis betul. Haha. Kbai


Salam. 

Tuesday, 23 July 2013

Trip to Terengganu






To be continued..........

Friday, 19 July 2013

Buffet


Assalamualaikum w.b.t




Semalam berbuka di Hotel Istana. Fuhhh lama betul dah tak berbuka di hotel. Sebab kat hotel ni leceh sikit. Dia sediakan buffet. So, kena makan banyak-banyak sama dengan jumlah yang kita bayar. Contoh, bayar untuk sorang adult RM100. So, korang kena makan dengan harga RM100. Sanggup? Sanggup? Perghhh pecah perut tahu! Tapi semalam abah dapat dua voucher dari lecturer abah. Then arsyad dapat free. So, yang aku je lah kena bayar. Bayar RM120 plus government and service charge total to RM140. Gilo mahal tax charge sahaje. Memang lepas ni tak nak berbuka kat hotel dah la. Bazir duit je.  


Ni nak #ootd sikit. Lol. 


Budak terlelap atas riba sebab baru balik sekolah





Ni separuh bahagian dessert sahaja. Tak tengok whole desset lagi.

Like seriously makanan kat Hotel Istana ni melambak gila nak mati. Amboi. Ayat. Tapi memang banyak gila. Cakap je nak ape, semua ada. Macam dekat bazar Staduim aku tengok. Semua ada. Nak laksa? nak mee? nak roti canai or mutarbak? nak ikan bakar? nak claypot? nak tomyam? nak kuih muih? nak salad? nak kerabu? nak icecream? nak ape lagi? Bagitahu je. Macam-macam ade weh. Aku pun dah rambang mata. Mama cakap jangan minum air. Ok, tak minum. Tapi makan 5 jenis dessert tiap satu and salad atu pinggan kecik pun rasa nak pecah perut ni haaaaa. Tak rasa lagi benda lain. Fuhhhh. Tak berbaloi dengan RM140 -.-'


Moral of the story, jangan bawa aku pergi makan buffet. Membazir je. Makan RM10 pun tak lepas.


Salam :)



Karipap mama!


Assalamualaikum w.b.t


Hari ini makanan berbuka sangat menarik yaw! Mama plan nak buat karipap. Tapi mama tolak plan tu ke aku. Kira aku kena buat la berdasarkan resepi mama. Hmmmm. Ingat lagi last month masa puasa sunat, masa rehat waktu petang tu, sampai termimpi-mimpi tengah makan karipap mama. Tengok tu, betapa power and awesomenya karipap mama! Sampai mimpi tahu!. Haha




Sorry la gambar berkualiti rendah sebab pakai camera hp je. Cehhh salah kan hp la pulak. Padahal sendiri yang tak pandai snap gambar. Ok lah. I admit it. Tengok tengok TENGOK!!! Bunga karipap tuuu jadi tak jadi tak? Haha. After so many years dapat jugak buat bunga karipap yang halus macam tu. Kalau tak tebal betul bunya dia and mama keep saying "Ok lah ok lah" Hmmm. And now dah jadi! I'm so happy woooohoooo! Ok dah. Orang lain dah pandai lama dah, aku ni umur 20 baru nak pandai. Lol


Ok, Selamat berbuka semua!


Salam



Tuesday, 16 July 2013

Tongkang retak


Assalamualaikum w.b.t




Hari ini hari kedua cuti. Amboi, siap kita bhaii. Budak account memang suka mengira. Tetibe. So, cuti ni duduk kemas bilik ke kerja. Semalam kemas almari baju, harini kemas almari tudung dan beg. Esok? Mop lantai la kot. Bilik macam tongkang pecah? Eh, tak lah. Bilik tak de macam tongkang pecah, tongkang retak je.


Ok tu je nak cerita. By the way, sekarang ni tengah belajar guna dslr Canon 550D. Dah lama ada dslr ni tapi tak reti guna. Tak reti nak amik angle yang cantik-cantik. Sttt-ghresssss! *gaya Gary*


Salam


Monday, 15 July 2013

Semester break


Assalamualaikum w.b.t


Yezaaa! Semester break dah mulaa. Lol. Orang lain dah cuti 1 bulan dah, kita ni terhegeh-hegeh baru nak cuti. Tak apa lah, as long as ada cuti cukup. Everytime semester break begins, benda yang aku selalu buat is kira waktu cuti. Sekarang ni cuti 2 months. Tapi tak ada lah 2 months solid. Just 1 month 25 days macam tu. Ehhhh, 5 hari tu berkira lah. Cerewet. Haha


Ok, what I want to do during my break is belajar guna camera mama, Canon 550D, improve cooking skill and perbanyakkan beribadat sempena Ramadhan ini supaya jadi habit and boleh buat untuk bulan-bulan yang lain. InsyaAllah. Yang penting aku nak perbaiki diri aku ni haaa. Banyak nak kena repair biar jadi seorang yang berguna. Bukan senang nak jadi orang berguna ni kan. I will try. NO. I MUST TRY. InsyaAllah.


Ni during my birthday. Google wish me happy birthday! Suka suka suka :D



At Bandung last year. Me so mok mok dulu. Cehhh sekarang pun mok mok lagi.


Update ni sebab tak boleh nak tidur sebenarnya. Dah pejam mata 1 jam lebih dah but still tak terlelap. Ni mesti sebab lepas terawih tadi minum air teh panas. Ok, salah diri sendiri.


Salam.

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum w.b.t


Selamat menyambut bulan ramadhan semua muslim :) Alhamdulillah syukur alhamdulillah kerana still diberi peluang untuk terus menyambut bulan yang paling mulia ini. Sampai sahaja bulan Ramadhan ni, the main thing to do is tingkatkan ibadah. Bulan-bulan lain pun kena tingkatkan ibadah day by day tapi bulan Ramadhan ni special sebab tak ada syaitan atau jin untuk menghasut atau bisik kita. So bila semua dah kena ikat, sekarang depends on diri kita sendiri, kena lah kawal nafsu sendiri kan. Pandai-pandai la ubah nafsu yang malas tu kepada rajin, Haaaaaaa kan bagus macam tu. Hehe.



Selamat Berpuasa :)


Salam