Sunday, 31 March 2013

Happy birthday cousin


Assalamualaikum w.b.t


Its not an April Fool k. Tapi ini memang betul-betul birthday cousins aku. Yusaidi Yusri and Amir Hakim Abdul Nasir. Birthday diaorang bukannya pada tarikh yang sama. Tapi tarikh sebelah sebelah. Yusaidi Yusri tu 31st March. He's 22nd now! Dah tua dah dia. Then, Amir Hakim Abdul Nasir tu 1st April which is today. He's 20th today! Haha. Semua dah besar dah sepupu sepapat aku ni haaaa


Dulu masa kecik-kecik dulu main kejar kejar kat kampung. Kumpul reramai main peace, main sorok-sorok, dengar nokcok cerita seram, tidur ramai-ramai. Tapi sekarang tak dah. Mana boleh dah tidur sama-sama. Semua dah akil baligh dah kan. Even semua dah besar dah nak kahwin, all of my cousins are my best buds ever!


So, HAPPY BIRTHAY to both of you couzie!


Thursday, 28 March 2013

Adik dah sunat!


Assalamualaikum w.b.t


My lil brother dah sunat! Yoo yooo! Haha. Kakak dia pulak yang happy lebih. Dulu memang dia takut sangat nak sunat sebab dia takut doktor potong his thing. Tapi bila members dia semua dah sunat baru dia semangat nak sunat. Dulu masa dia takut nak sunat, memang cousins aku suka sangat kacau budak ni. Ye la. Kemain nak menakut-nakutkan orang. Sampaikan my lil bro menangis. Haha. Kejam punya cousin. But then bila dah lama tu, my lil bro sendiri yang minta nak sunat. Terkejut kome! Dia minta nak sunat dari bulan December 2012 lagi. Betapa semangatnya budak kecik tu.


Lepas dia sunat tu, last three days tak silap, happy gila dia. Siap masa tengah doktor sunat dia tu, dia sempat message aku "Kakak, adik ni. Adik tengah sunat ni." Lol. Then nak tahu tak lepas dia sunat tu dia buat apee. Meh sini mak jemah nak bagitahu ni haaaaa. Amboi hang, bergosip. Haha. My lil bro tu buat account twitter yoo! Terkejut cousins aku semua. Haha. Aku pun terkejut! Cousins aku cakap "Biasalah budak tu dah besar" Adoyaiii ada ada je.


Ape pun, tak sabar nak balik rumah harini! Nak tengok keadaan adik sunat. Mesti mandi sehari sekali or dua hari sekali. Lol



Friday, 22 March 2013

Alternatif lain


Assalamualaikum w.b.t


Today is friday. I love friday so much. Jumaat lah penghulu segala hari. Jumaat lah hari dimana kita nak maximize-kan ibadat kita (hari lain pun patut maximize juga, bukan Jumaat je) Hari jumaat jugak aku ada satu kelas je. Satu jam pula tu. you know how happy I am right nowww


Bila hari Jumaat, mesti dalam otak aku nak pikir balik. Mesti. Sebabnya duduk kolej time weekend tak berapa seronok. Ye lah, semua members ada yang balik, ada yang keluar dengan kawan dieorang. Kalau nak join keluar pun bukannya ada duit sangat aku ni. Abang MARA pun tak bagi nafkah lagi ni. Senior cakap biasanya after 3 bulan baru dapat. Dasyat dasyat. Memang sekarang ni aku tengah ikat perut ni. Makan tiap hari pun ala kadar je. Sedih kan?


Ok, biasanya weekend kat asrama mesti basuh baju kan. Washer machine mesti selalu penuh sebab orang guna. So, cari la alternatif lain, basuh guna tangan je. Tapi tapi tapi nanti nak sidai baju mesti limited gila. Semua berimpit. Time tu mula lah orang tolak-tolak baju kita. Penting kan diri sendiri je. Sakit hati den. Aku tak suka orang macam tu. Beragak la sikit bro. Hok alohh. Then aku mula la cari alternatif lain, basuh baju and sidai baju dekat rumah! HAHA. Heaven okay. Tak perlu berebut. Baju pun cepat je kering. Tak payah nak stress stress sidai baju kat asrama tu. Lol.


Yang tu adalah salah satu kenapa alu suka duduk kolej yang dekat dengan rumah. Eventhough value berdikari dalam diri aku ni kurang. Hehe.



Sunday, 17 March 2013

No broga


Assalamualaikum w.b.t


You heard that. No broga. Kan? Ni bukan sebab aku tak dibenarkan ber-broga or what. Haaa sebelum tu, korang tahu kan Broga tu apa? Ala yang Bukit Broga tu, yang sekarang ni famous orang yang teringin nak daki bukit semua. Haaa yang tu la. Semalam, my Qber friends, MPians, ada ajak pergi daki itu bukit la but sadly aku tak boleh join mereka semua. Satu sebab awal sangat dieorang bertolak. Around 3 am dah gerak. Awal kan? So, I can't. Sedih tu of cos la ada. Kalau aku join, hmmm memang aku snap banyak la gambar and tak ada la entri yang sedih macam ni. Lol


Tak apa lah. Maybe ada lagi waktu or hari lain yng aku boleh pergi daki bukit ke apa. Mana tahu satu hari nanti aku berpeluang nak daki Gunung Kinabalu. Mana tahu kan? Aku teringin jugak nak daki gunung tu. Seems so menarik. InsyaAllah satu hari nanti.


By the way, this weekend aku just dapat cuti satu hari je sebab ada Kemahiran Insaniah. Kan aku dah cakap, UiTM ni suka penuhkan weekend aku. Haha. Aku harap next weekend dia tak kacau lah. Amin

Monday, 11 March 2013

Tak best!


Assalamualaikum w.b.t


Harini seronok sangat sebab tak ada kelas pagi. Cuma ada kelas pukul 2 sampai 4. Seronok bukan? Sebab tu sempat lagi update blog ni. Hehe. Bila dah masuk degree ni, first thing yang aku tertanya-tanya is jadual waktu belajar macam mana. Aku tak nak la jadual yang ada lompang-lompang. You know what I mean? Jadual yang banyak kosong kat tengah. Contoh, pagi ada kelas, then gap sampai petang. Petang tu baru ada kelas. Nampak tak penat disitu? Betul kan?


Minggu kedua, jadual kelas semua dah ok, tak ada dah yang nak tukar masa semua. So, ini jadual aku





Nampak tak ade lompang-lompang tu?! Pukul 12.30-2.00 tu memang waktu rehat. So tak kisah la waktu tu. Tapi bila hari Isnin dan Rabu tu tak best. Masa gap tu kiteorang dalam dilemma nak balik kolej atau nak stay je kat Menara SAAS tu. Kalau balik kolej kena guna duit. Kalau nak stay kat Menara SAAS tu tak tahu nak stay kat mana. Nak rehat pun tak tahu kat mana. Surau? Surau sentiasa penuh. Ramai sangat dah orang bergelimpangan dalam surau tu. Lol.


By the way, baru semester ni UiTM apply Student-Centered Learning which is pelajar akan mempunyai banyak masa belajar berbanding dalam kelas. Sebelum ni ada 4 jam kelas, tapi kali ni dia reduce to 3 hours je. Universiti lain dah buat benda alah ni lama dah. UiTM je baru nak buat. Bila aku dapat tahu ada kelas yang 1 jam, rasa macam excited gila you knowwwww! 1 jam tu tak sempat mengantuk pun dalan kelas, bontot pun tak sempat panas lagi, masa dah habis. Haha


Aku harap aku boleh adapt dengan jadual waktu yang tak berapa nak best ni. InsyaAllah.


Salam

Saturday, 9 March 2013

Explorace by AFTAS


Assalamualaikum w.b.t


Harini hari Sabtu kan. Sepatutnya cuti kan? Tapi kiteorang tak cuti pun. Sabtu and Ahad tak cuti. Biasalah. UiTM memang suka mengisi masa lapang kiteorang. Lol. Kalau tak aku dah balik kampung dah dan malam ni aku dekat kampung. Dah la malam ni ada kenduri dekat kampung tu. Sodeh den tak dapek balik kampung :( Sedara-mara semua berkumpul dekat kampung. Jealous okay. Jealous.


Talking about today, harini ada program yang dinamakan Program Pemantapan Wawasan (PPW) bak kata member aku, ini ala-ala MDS. Tapi disebabkan aku tak ada MDS, dieorang pun buatlah program ni. Itu member aku lah yang cakap sebab dia ada terbaca buku panduan. Haha. Rajin betul member aku tu. Siap baca buku panduan lagi. Aku sendiri pun tak pernah nak belek buku tu. Haha.



Biasanya kalau ada program mesti ada ceramah kan. Haa ni muka kiteorang masa ceramah tu.

Lepas habis ceramah bagai ni, ada explorace! Sound great je kan? Haaa memang seronok pun. Aku tak sempat habis pun explorace ni. Lagi 2 check point nak habis. Dia 9 check points semuanya. Penat weh. Ok meh aku cerita check point aku


1st check point - Cari clue around foyer Menara SAAS. Tapi kena selesaikan 2 sudoku dulu dalam masa 5 minit. Gila tak gila. Mana sempat. Kalau bagi easy boleh la tahan. Ni tak. Last sekali kiteorang give up. Haha. Awal-awal dah give up dah. Bila give up dapat lah denda. Denda kena cap merah dekat dahi. Then, dapat check point seterusnya


2nd check point - Dapat  clue no money no talk. Kiteorang cari la dekat ATM, Zon Bendahari and kedai buku. Tapi tak jumpa jugak. Lama jugak kiteorang cari. Then jumpa la dekat ATM tu. Tugas dia kena susuh surah Al-Fatihah dengan maksudnya sekali. Alhamdulillah berjaya! Then, dapatlah clue seterusnya


3rd check point - Dapat clue kena pergi Dewan Budiman. Semua clue dia bagi key words je. Tu yang kena pepandai cari la. Tugas untuk check point kali ni kena amik 5 biji gula-gula dalam tepung guna mulut. Senang je. :p


4th check point - Bila dah jumpa tempat tu, diberi tugasan menyanyi. Menyanyi tu ok lagi. Tapi bila dia cakap setiap orang nyanyi 2 patah perkataan. Kiteorang cabut dapat lagi Sleeq & Najwa - Untuk dia. Kena nyanyi biar ada alunan, semua orang kena nyanyi. Orang 1st kena nyanyi 2 perkataan, 2 perkataan lagi disambung orang kedua, 2 perkataan seterusnya disambung orang ketiga dan seterusnya. Susah sikit lah. Hehe


5th check point - Dapat clue kena pergi tingkat 8 Menara SAAS. Before start race dia ada bagi instruction, tak boleh guna lif. Kena guna tangga je. Nampak tak kat sini senior nak buli junior?! I know. Naik sampai tingkat 6 dah pancit. Haha. Tapi kena juga sampai tingkat 8. Sampai kat tingkat 8 tu, jogging je. Tak larat nak lari. Haha. Dapat task kena selesaikan puzzle dalam masa 1 min 30 saat. Tapi kiteorang sempat 2 minit. Grrrrr. Denda die conteng muka je. Kali ni bukan dengan cat tapi dengan bedak sejuk. Hehe.




6th check point - Dapat clue kena pergi tempat orang selalu beli waffle. So, turun tangga lah kita sampai tingkat 2. Nak tahu takkk, task untuk check point kali ni kan, kena minum telur mentah! Ok, mula-mula nak kena baling dadu nak tengok berapa biji telur kena. Ala-ala Running Man lah. Alhamdulillah kena 3 biji jee dan 1 sudu garam. Hehe. Aku tengok dieorang duk pecahkan telur pun nak muntah dah. Bila turn aku kena minum tu, aku tak sempat kena lidah, aku dah termuntah dah. Then termuntah lagi. Keluar habis makanan aku tengah hari tadi. Baru aku dapat bayangkan Running Man tu macam mana dieorang telan benda alah tu.


7th check point - Kena pergi dekat kedai buku UiTM. Nak tahu tak kat situ kena kutip duit syiling dalam bekas. Dalam bekas tu ada tepung (aku tengok dari jauh la). Tapi bila pergi dekat, mak aiiiii ada cacing sekali wehh. Banyak gila-gila. Memang banyak sangat. Geli r jugak. Tapi aku malas nak pikir pape, aku sumbat je tangan dalam tu. Mujur la cacing tu tak lembik-lembik. Keras sikit. Tak ada lah rasa pape. Hehe. Member aku, Syahirah yang takut dengan cacing. Takut sangat. Dia nak menangis amik duit syiling tu. Tapi, dengan keberanian dia, berjaya juga amik. Hehe. I'm proud of you! :D


8th check point - Kena pergi student centre. Haaa ni tak jumpa. Kiteorang panjat sampai tingkat 12 Menara SAAS tu tahu tak! Gila lah. Terketar lutut den ni haa. Haha. Dah sampai tingkat 8 keatas, aku merangkak naik tangga. Kaki dah tak larat dah. Rupanya check point tu ada kat tingkat 11 dan dekat dalam kelas. Damn. Mana lah kiteorang nampak. Task dia kena cari bilik lecturer yang nama sekian sekian. Kami pun turun lah balik dari tingkat 11 tadi sampai bawah. Bila dah jumpa, naik balik sampai tingkat 11. Bayangkan ulang alik naik tangga! Duhhhh penat gila. Check point ni kami tak berjaya. Sebab lebih 5 minit. Denda kena conteng kat pipi kiri dan kanan dengan glitter.


Dalam masa 5 minit dia nak suruh naik turun dari tingkat 2 sampai 11?! Tu pun dah amik masa sampai 10 minit. Sabar je lah. Apa pun, memang kami have fun lah! Seronok gila even kena minum telur mentah yang menggelikan tu. Yekkk, aku terasa nak muntah sekarang ni.



Muka kena conteng sebab denda


Alhamdulillah dapat tempat kelima daripada 8. Haha. Ok la tu kan. Thanks AFTAS sebab bagi semua orang hamper! Hehe. Majlis habis around 5 pm. Then nak turun from tingkat 10 tu mesti nak naik lif kan. Malas dah nak guna tangga. Nak turun pun tak larat. Padahal turun je pun. Hehe. Bila lif terbuka tu, ada pulak budak-budak lelaki professional tu dalam lif tu. Kiteorang masuk je. Kebetulan pulak ramai yang tak padam lagi cat merah kat dahi, ada ke patut budak professional tu cakap kiteorang semua dalam pantang. Ngeng betul. Haha.


Dah, penat membebel. Esok nak kena pergi Menara SAAS nak pergi buat kad matrik pulak. Hmmmm, penat tak hilang lagi ni.


Salam

Wednesday, 6 March 2013

Hey, why you so big?


Assalamualaikum w.b.t


Duduk kat UiTM Shah Alam ni memang serious penat and serious makan duit and serious selalu lapar. Semua ni sebab kawasan dia yang besar amat dan fakulti dengan kolej aku jauh yang amat.


Ok first penat sebab nak pergi kelas kena naik bas. Then lepas naik bas berhenti kat Kolej Seroja then kena daki bukit naik sampai Menara SAAS. Lepas naik bukit, kena naik tangga, banyak pulak tu (aku tak sempat nak kira berapa step tangga tu tapi tak ada lah banyak macam Puncak Alam. Lol) Then lepas dah sampai kat menara, kena naik tingkat 8 dan keatas. Tu mujur ada lif. Haaa lego den.


Ok, yang kedua. Serious makan banyak duit kalau nak dibandingkan dengan Puncak Perdana tu. Ye la, pergi class kena pakai duit sebab kena naik bas rapid (kalau bernasib baik, dapatlah bas rengit or bas uitm which is free) Bila dah prnat ti, mesti lah nak kena keluarkan duit untuk beli air unless you bawa air dari bilik lah kan. Ape pun, aku memang bawa air dari bilik. Save la sikit. Plus, dekat uitm ni banyak sangat jual baju tudung beg rantai and so on. Yang tu memang atas nafsu sendiri la kan. Kalau beli benda alah tu memang habis la duit. Aku tak ada lah beli sangat tapi ada lah beli sikit sikit. Eh? Hehe


Ok, third serious makan banyak. Yang ni memang obvious sebab bila penat daki bukit and tangga semua and banyak jalan, mesti perut lapar sebab banyak sangat guna energy. So as the result kita makan banyakk! Muahaha. Balik rumah minggu ni aku nak timbang berat aku berapa. Hope still static. InsyaAllah :)


Tu je lah kot. Mujur tak ada lagi assignment semua. Kalau tak...hmmmm tak tahu den nak koba macam mano. :O




Monday, 4 March 2013

The happiest moment


The happiest moment is when you talk with someone you miss. Its like arghhh I'm damn so happy+excited! I can't express the feelings with words. I hope it will happen again. :) Hoping for a miracle. InsyaAllah.

Sunday, 3 March 2013

Balik ke sekolah

Assalamualaikum w.b.t

Haish, harini memang dah kena balik kolej. So, macam biasa lah kena bula buku. Haiyooo kepala otak gua manyak berkarat maaa. Ye la 3 bulan tak belajar. Perghh. Tapi seronok lah sebab dapat jumpa geng geng semua. Rindu sangat dieorang semua


Sampai ke kolej, aku terus join member pergi beli barang. Saja saja je join ni. Lepas rindu kat member. Acewahh ayat tak boleh tahan.


Buat masa ni update via mobile je lah. Senang, mudah dan cepat! Haha


Salam