Saturday 19 October 2013

Berubah


Assalamualaikum w.b.t


Berubah? Maksudnya? Berubah pernampilan? Personality? Cara? Berubah jadi baik atau jahat? Berubah memang susah. Bila dah biasa dengan sesuatu cara dan ingin berubah kepada cara yang lain memang susah bukan? Nak tukar habit tu memang susah sangat, tapi tak salah kan if kita cuba dengan harapan perubahan itu dapat memberi kebaikan kepada kita.


Aku cuba untuk berubah. Alhamdulillah dalam beberapa hari aku berubah ni, ada manis yang aku dapat. Alhamdulillah. Sekarang perlu istiqamah. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Jauhi lah aku daripada bisikan syaitan. Amin.


Maaflah. Skema sikit post kali ni. Saje nak catat peristiwa yang berlaku dalam hidup. Biar jadi kenangan masa akan datang. Cewahhhh :D


Salam

Sunday 6 October 2013

Semester 5


Assalamualaikum w.b.t


Dah lama tak update blog ye dak? Dah sebulan masuk semester 5 and Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada pelbagai benda yang berlaku dalam bulan ni. Semoga diberi kekuatan! Caiyokkk aqilah!




Semester kali ni tak duduk kolej lagi dah sebab aku tak aktif kolej sangat sem lepas. Tak ape, ini dapat mengajar aku untuk hidup lebih berdikari lagi. Cewahhh :D Tapi tiap minggu balik jugak rumah. Haha. Berdikari la sangat kannn :p Ye lah. Bila aku ada transport and rumah dekat, i think it is my responsibility untuk balik rumah and take care of my parents walaupun mama and abah sihat walafiat. Takpe. Selagi aku masih hidup, itu tanggungjawab aku untuk jaga my parents eventough i'm only 20. 




 By the way, please doakan kejayaan me and my friends until the end! 


Salam :)