Thursday 30 May 2013

Homeworkday


Degree life really drives me crazy. Reading reports and all these stuffs are soooo bosan. 


It is holiday lah! Not homeworkday.




May Allah ease everything. Amin


Salam

Sunday 26 May 2013

What teen? Twenteen?


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah I'm 20 years old already. Omomomo tak percaya dah masuk 20-an. Tak percaya yang aku ni dah besar and tak lama lagi nak kena sara hidup sendiri. InsyaAllah kalau panjang umur :) No sweet teen anymore lah. Dah Tweenty dah. My birthday tak ada yang menarik sangat pun. Aku melepet kat rumah je. Tak tahu penat sebab ape. Tapi ada juga la orang yang aku sayang buat surprise sikit. Secara kecil-kecilan je. Hehe






These are my sayangsss


Haaaa. Tu birthday surprise from my housemates. Ada 8 orang semuanya including me. Malam tu aku ada group discussion kat bilik kawan and then roomate aku ni tetiba nak print assignment. So, terpaksa la aku turun ke bilik aku semata-mata sebab Syahira ni nak print something. Kononnya lah kan. But then, masuk bilik je, bilik gelap and dieorang nyanyi lagi. I was like OMG! Aku menangis malam tu. Thanks to all of youu! Sayang korang sangat-sangat!





Birthday present from Mr


Yess, tu adalah birthday present from Mr sendiri. Dia bagi dalam satu bulan before my birthday sebab apa entah. Thank you so muchh! Masa ni aku terkejut juga sebab tak percaya pulak yang boleh dapat birthday present seawal tu kan. Happy gila tahu tak. Balik bilik letak hadiah tepi dulu, sebab esok tu ada test. Tetiba study malam tu, semangat dia lain macam sikit. Cewahhh. POYO!. Lepas test esok pagi tu, terus balik bilik and buka hadiah and belek puas-puas. Haha. Lambat betul nak dapat feeling dapat hadiah tu. By the way, thank you Mr for the surprise :)


Kawan dah sudah, Mr dah sudah and kali ni dari family pulak. Malam birthday aku tu Mak Lang's family ajak pergi Setia City Mall. Haha. Memang tak ada tempat lain dah. Memang situ je kiteorang akan lepak. Malam tu just pergi makan dekat kedai all time fav, Teh Tarik Place. Kalau keluar dengan family Pilah ni memang tak sah kalau tak pergi mengeteh. Malam malam buto pun boleh mengidam nak teh. Malam tu just makan-makan and I received a birthday present from Yusrah! Dapat hadiah daripada Body Shop. Wangi mak aihhh tak boleh cakap. Thanks semuaaa <3


Ok dah tu je. 28 ni birthday mama. Tak beli pape lagi ni. Duit pun tak ada. Mama dah pesan belikan barang dapur macam kuali ke pan ke ape ke. Tapi tak ada duit. Dah ramai birthday orang aku postpone dari bagi hadiah because of money. Hmmm. Birthday adik tak bagi lagi, birthday Mr aku tak bagi lagi. Lagi siapa eh? Haaaa adik Mr pun aku tak kasi lagi. Haishhh. Takkan birthday present mama pun nak kena postpone? Nampaknya macam tu lah.


Dah la. Tak nak membebel panjang la. Orang bukannya suka baca entry yang berjela-jela panjangnya kan. Ye dok? Ok. Selamat malam semua.


Salam

Thursday 23 May 2013

We officially diploma graduates!


Assalamualaikum w.b.t


Ya Allah. Dah lama betei tak update blog. Buzy sedikit. Kononnya. Haha. Dah nak final kan. Tu yang busy melampau ni. By the way, harini start cuti gawai. So, kiteorang bebudak UiTM ni dapat cuti selama 1 minggu. Yeayy me! Tapi macam biasa lah kan, naik cuti tu banyak benda nak kena submit dan ada tests bagai. Sabar je lah. Lagi 3 weeks study nak habis semester. Nanti dah final dah. Plus, aku rasa waktu degree ni cepat betul masa berlalu. Tuptup dah nak final dah. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah.


Ni nak bagitahu, gambar pre-graduation dah dapat dah! Yeayyy! Tiap hari tengok gambar ni. Boleh tahan banyak juga gambar. Semua cantik-cantik. Thanks to akak photographer! :) Tak nak cerita banyak lah, aku just nak masukkan photo dalam belog ni je. Hehe


My classmates since diploma until degree. InsyaAllah <3






US.









We officially diploma graduates :)


We are MRSM's product



Pray for our success!



Alhamdulillah :')


Salam.


Monday 13 May 2013

Pre-graduation photoshoot


Assalamualaikum w.b.t


InsyaAllah esok 15/5/2013 aku akan grad sempena aku tamat pelajaran aku dalam Diploma Accountancy. Cewahhh skema habis ayat. Sebenarnya aku dah tamat diploma akhir november tahun lepas. Dan sekarang baru nak convo. Korang tahu tak apa perasaan nak convo tu?! Rasa dia, mak aiihh excited betul. Memang excited sangat-sangat. Tiap hari duk termenung bayangkan hari konvo tu macam mana. Haha. Over tak over tak?


Ok, hari rabu lepas kiteorang pergi amik jubah dan memandangkan classmates aku semua tak sama sesi masa konvo nanti contohnya ada half class konvo pagi and half lagi petang, so kiteorang decide nak amik gambar satu kelas. Kiteorang upah fotographer dan photoshoot tu kiteorang pilih kat Padang Shah Alam. Baru je pagi tadi photoshoot tu. Mujur kelas harini pukul 10.30pg. So, sempat la buat before kelas. Gambar yang aku akan post ni bukan la gambar dari photographer tu tapi dari phone aku. Kalau gambar dari photographer tu dah siap, insyaAllah aku akan post kat blog ni. :)





Tolong doakan semua berjalan lancar esok. Amin :)



Wednesday 8 May 2013

Tak lama lagi. InsyaAllah :')



Sunday 5 May 2013

Productive Day


Assalamualaikum w.b.t


How are you today? Sekarang dah 2.30am and I cant sleep. Dah biasa tidur lambat dekat rumah and then bangun awal then petang petang mula lah nak mengantuknya. Macam apa yang terjadi petang tadi. Membahayakan nyawa aku. Boleh pulak aku tertidur masa tengah drive dekat highway. Mujur kereta tak banyak. By the way, sekarang ni kita dah tahu siapa kerajaan dan siapa pembangkang kan. Aku tak nak la campurkan politik dalam blog aku ni. Cuma nak cakap semoga Malaysia terus aman dan damai dan semua ahli politik dapat control Malaysia dengan adil dan saksama. Tu je lah. Nak cakap pasal politik bukannya aku tahu cerita sebenar pun. Kalau cakap, takut salah. Nanti jadi satu dosa. So, better zip your mouth kan. Cukup la kutuk sesama sendiri untuk semua parti. Tak comel lah! Haha. Tetiba


Ok. Harini memang banyak kerja aku settle. Alhamdulillah. Semoga esok pun macam harini atau lebih baik daripada harini. Farid dah balik asrama dah harini. So sad. No more geng nak bawa jalan-jalan. Flight dia pukul 10 pagi tadi. Alhamdulillah selamat sampai Kuala Berang :) Mama pula akan sampai esok tengah hari InsyaAllah. Doakan perjalanan mama balik rumah selamat ye :) Malam tadi eh I mean around 11 pm borak kat viber dengan mama. Mama beli baju 6 pasang! Haha. Kau tahu tak apa perasaan bila dapat baju sebanyak tu?! Happy lah kan! Mama ada beli selendang jugak. Hmmm apa lagi eh mama beli. Dalam masa 2 hari shopping je, mama dapat beli semua barang yang total berat dia almost 25kgs. Hebat lah mama. Haha. Sekarang ni nak tunggu mama balik je ni. Hehe :)


Doakan mama selamat sampai rumah ye kawan kawan. InsyaAllah mama sampai airport 11.20pagi. Amin amin amin :)


Salam



Saturday 4 May 2013

Mama-s day out


Assalamualaikum w.b.t


You heard it. Mama-s day out yaww. Mama amik cuti dari jadi suri rumah tangga selama 3 hari. Cewahhh. Suri rumah pun nak cuti juga you know. Mama pergi Ho Chih Minh, Vietnam buat kali kedua. First time mama pergi masa aku form 5. Mama pergi dengan abah and adik. Aku sekolah waktu tu. Memang tak dapek la den nak ikut. Kali ni mama pergi just 2 malam, sebab pergi sana nak shopping je dengan harapan mama akan beli something untuk aku. Haha. Mama pergi dengan mak long and kak long nor. Semua mak mak. Mujur aku tak ikut, kalau tak memang tak jadi mama-s day out dah la kan. Haha


At first mama ajak aku. Aku dalam dilemma nak ikut ke tak sebab assignment, group discussion, presentation dan test kejadah semua tu. terpaksa la batalkan niat pergi shopping. Sedihnya. Sangat sedih. So, harini first day mama tak ada kat rumah. Sebelum mama pergi, adik selalu tanya mama pergi berapa lama semua. Haha. Biasa lah, sorang budak tu je yang tak pernah duduk jauh dengan mama. Yang lain dah biasa. So, harini keluar jalan jalan dengan abah beli barang abah semua and makan kat luar. Makan steamboat yaww! Masa tengah makan steamboat, mama viber hantar gambar. Mama cakap semua baju murah murah. Semua baju lawa lawa. Hmmmm rasa macam rugi pulak tak ikut. Tapi kalau ikut memang tak gerak dah la assignments aku ni haaa.


Ok lah. Tu je lah cerita untuk "Without mama at home - day 1" Cewahhh. Haha. By the way, esok ada activity menarik yang akan dijalankan! Yeay me!


Salam