Thursday 31 January 2013

One month to go...

Assalamualaikum w.b.t


Yup, lagi satu bulan lagi cuti dah nak habis. Dua bulan dah cuti melayang. Rasa sekejap je. Orang kata cuti lama-lama bosan, tapi setakat ni memang langsung tak bosan sebab ada je benda nak buat. Tambah pula tak lama lagi majlis sanding cousin, so busy la sikit. Macam aku je tuan rumah kann. Haha


Semalam 31/1/2013 dapat result penerapan trek pantas ke degree. Mula-mula bukan main lagi cakap pukul 5 petang, last-last kena postpone ke 10 malam. Kita punya lah semangat nak check pukul 5 petang tadi. Hampeh. Lagipun dah tahu dah akan sambung kat universiti mana.





Alhamdulillah dekat UiTM Shah Alam, untuk sementara waktu je lah. Nanti akan pergi ke UiTM Puncak Alam (dekat sikit dengan rumah). Haha. Tempat aku belajar selama ni semua dekat dengan rumah/bilik. Tak ada yang jauh langsung. Yang sedihnya dekat UiTM Shah Alam nanti dapat kolej Melati. Budak akaun semua dekat kolej Melati. Dan semalam whatsapp dengan Farah Adiba a.k.a Dib sebab nak tanya kolej tu jauh tak dengan Menara SAAS (my class). Then, dia cakap JAUH GILA *gulp*


Selama ni bilik dengan kelas semua dekat. Dekat SMKSI 2, sekolah dekat sangat dengan rumah. Masa dekat MRSM Kuala Berang, tak ada lah sebesar MRSM Kuala Terengganu or MRSM Gemenceh ke apa. Bilik dekat je dengan kelas. Nak ulang alik tu, petik jari dah sampai. *over kau nyah* Bila dekat UiTM Kampus Puncak Perdana, hmmph lagi dekat bilik dengan kelas. Jalan kaki tak sampai 5 minit dah sampai kat kelas.


Tapi........ni UiTM Shah Alam! Nak pergi kelas kena naik bas, then turun bas, naik tangga yang berbukit bukau. Then naik ke kelas guna lift (kalau tak ramai lah, kalau ramai guna tangga) ke tingkat 5 sampai 12. Gila. Culture shock tahu! Sadis betul. Tak apa, think positive. Aku duduk UiTM Shah Alam mesti aku kurus nanti. Haha. Berangan lebih.

Wednesday 30 January 2013

Roses are red


Assalamualaikum w.b.t


Another 1 month lagi cuti nak habis. So, kena lah penuhkan masa terluang ni dengan benda yang bagus, eventhough sampai pukul 1 2 pagi. Haha. Yeahh, sekarang ni baru je lepas siap buat origami! :D I'm soo excited you knowww. Ape sebab aku buat origami ni? Hmmmm, macam ni cerita dia...


My cousin akan nikah nanti, and bila nikah ada lah persandingan kann. Haaa ni majlis menyambut memantu yang akan diadakan tak lama lagi. Amboi, skema sekejap ayat. Haha. Then aku ditugaskan menghias ruang untuk guest book. Kan sekarang ni kan kalau orang datang majlis, kena tulis ucapan dekat pintu depan sebelum jumpa pengantin kan? Haaaa, die minta aku tolong hias tempat tu. I call him, Abang Yu. Grrr tolong la abang yu, I'm accountant lah. Not creative enough but I'll try my best la kan.


Pikir punya pikir, rasa macam nak letak origami sikit sebahai hiasan. Guna kertas warna warni sikit ke. Biar colourful. Setakat ni yang tu je lah idea yang aku ada. Lol. Start pukul 12 tengah malam tadi, aku try lah buat origami bunga rose. Dan ini hasilnya!


TARAAAAAAAAAAAAA



2  types of roses



#1 Rose yang besegi-segi






#2 Rose yang tak bersegi-segi






Benda yang diperlukan


Mesti terkejut kan nampak spana tu. Kalau yang tak buta origami macam aku mesti dah biasa buat origami guna spana or perkakas yang lain. Spana tu nak guna buat rose yang #2. Dia digunakan untuk buat rose tu jadi nampak aluanan dia, I mean nampak la pusing-pusing sikit. Macam tu lah.





Rose yang #1 boleh jadikan kotak semula sebelum ia berkembang. (Ayat bm fail -.-)




Alhamdulillah, jadi lah juga. Yang #2 leceh sikit bila nak kemaskan dia. Tak apa lah, asalkan nampak bunga dia kan. Hehe.


By the way, kalau korang ada idea macam mana nak hiaskan meja untuk guest book, sila lah drop comment anda ye. Bantuan anda amat kami hargai. Cewahhh, ayat dalam surat rasmi! Tak nak kalah :p



Tuesday 29 January 2013

Aku nak kurus! Nyah kau lemak! - Part 3

Assalamualaikum w.b.t


Haaa ni part 3 pulak. Ni ada sedikit opinion from my friend cara nak jaga pemakanan supaya dapat elak obes or penyakit :)















Monday 21 January 2013

Aku nak kurus! Nyah kau lemak! - Part 2

Assalamualaikum w.b.t


Cehhh siap ada part 2 lagi. Hehe. Ok ni aku nak share pendapat yang Cik Syarafina Sabri bagi semalam. Aku sangat setuju dengan pendapat dia.




Ini mungkin pendapat dia atau mungkin apa yang Kevin Zahri nyatakan dalam buku beliau. Yes, kita memang perlu makan nasi sebab itu memang ruji kita. Cuma perlu kurangkan kadar pengambilan makanan. Nak kurus ni senang sebenarnya, tapi tak ada lah sesenang macam petik jari je terus kurus kan. Kita cuma perlu kurangkan kuantiti atau control kuantiti yang kita makan tiap hari. Jangan terlalu berlebihan dan jangan terlalu kurang. Mudah. 


Bila kita berdiet, mungkin semua benda yang kita mahukan tidak boleh makan sebab ada pantang larangnya. Seperti yang aku borak dengan kawan aku di laman sosial twitter, dia memang mengamalkan pantang larang, ayat mudah, dia mengamalkan diet karbohidrat. Haaaa some people can do it, but some people can't. Kalau yang boleh tu teruskan sahaja.


Haaa ni kepada yang tidak boleh, seperti my mom. Nak dijadikan cerita, dulu mama ada jual Alpha Lipid, sejenis susu soya. Mama minum, tapi Alpha Lipid ada gariskan pantang larang dia iaitu kena diet karbohidrat. Memang menjadi tapi mula-mula akan rasa pening-pening dalam dua tiga hari. Susah kan? Takut memudaratkan kesihatan pula kan? Leceh bukan? Ok, yang tak boleh tu just cuba control makan seperti Cik Syarafina Sabri nyatakan di atas. Memang cara ni nak kurus agak lambat sedikit, tapi berkesan. Dan, jangan lupa lakukan senaman. Senaman ringan pun jadilah.


Like me, aku tak diet karbohidrat like mama and my friend, Alia did. Aku just kurangkan kadar pemakanan aku je. Breakfast makan nasi, roti canai or kokocrunch (makanan berat). Lunch kalau lapar makan, kalau tak lapar tak makan lah. Dinner jarang amat. Ini bukan diet ok. Jangan tiru cara aku. Lol. Tapi berjaya juga turun berat ni. Heee seronok! Cuma aku tak boleh turun sampai 47kgs. Nanti underweight.


Satu lagi, bakar lemak tu dulu, baru turunkan berat badan! Like my lil bro, Faris Arsyad, dulu die gemuk sangat, perut die berlipat kiri kanan. Then, dia tiap petang pergi exercise (main) from 2.30pm till 7pm. Lama bukan? Dan sekarang perut kiri kanan dia tak berlipat dah walaupun berat badan dia tak turun. Memang semua baju lama dia muat balik. Seronok kan?


Yang paling penting, ikut sunnah Rasulullah, makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Simple bukan? Like I said before, cuma kurangkan kadar pengambilan makanan dan perbanyakkan air masak. :)


Selamat mencuba part 2! Haha


Sunday 20 January 2013

Aku nak kurus! Nyah kau lemak! - Part 1

Assalamualaikum w.b.t


Gemuk? Gemuk? Gemuk? Tu memang major problem bagi perempuan. Siapa nak gemuk? Memang tak ada. Semua nak kurus kan. Kalau gemuk ni banyak masalah juga, nanti datang pelbagai penyakit. Kalau kurus pun sama juga, banyak penyakit juga nanti. Apa pun, kalau nak kurus tu, make sure your BMI tu normal. Jangan kurus sampai underweight pulak. Klik sini nak kira BMI.



I want a body like Kak Scha! Kalau boleh la :D


Kak Scya ada juga bagi tips, die makan nasi macam biasa je just jangan minum benda yang sejuk. Elak kan benda yang sejuk. Tu tips from her. Die dah kurus memang boleh la makan nasi, aku ni yang kena control sikit. Hehe. Plus, aku rangka besar, kurus macam mana pun, aku tetap nampak besar.


By the way, within two days ni aku dapat banyak juga tips nak kurus ni. Selama ni aku amalkan sunnah Rasulullah je. Sarapan like Queen. Lunch like a King. Dinner like a pauper. Yang breakfast tu kadang ada cakap like a King and lunch like a Queen. Mana-mana lah, yang pasti makan banyak time tu. Ada orang buat kajian keatas dua ekor tikus sama berat. Tikus A bagi breakfast berat but tak bagi dinner and tikus B tak bagi breakfast but bagi dinner. Esok tu, berat tikus B naik lebih berbanding tikus A. Haaaaaa, so conclusion, nak kurus makan sikit je dinner. Heee


Cakap pasal tips ni korang baca blog ni wrote by my friend, Syarafina Sabri. Tajuk dia Empat K. Klik tulisan bergaris tu. Dan sorang lagi just borak dekat twitter, my friend yang berjaya turun berat badan.










Hebat bukan? Haaa, ni perlukan semangat yang tinggi. Aku pernah jugak diet ikut ni because mama yang suruh, perghhh seksa, first day tu pening bak hang! Then second day tu terus makan roti. Haha. Tak jadi langsung. Sekarang ni pun tengah diet sikit sebenarnya, even cara makan aku macam orang tak beberapa nak diet, but still aku buat sit up selalu. Bakar lemak yang mengelebeh. Lol.


So, selamat mencuba! :D

Saturday 19 January 2013

Perak

Assalamualaikum w.b.t


Haritu hampir pecah otak pikir nak update ape untuk blog ni. Tak tahu ape nak update, tapi nak update jugak! Nampak tak degil tu? Haha. Talking about today, Aku dengan my cousin's family went to Perak. Pergi majlis persandingan dengan melawat my cousin, Yusreen dekat MRSM Pasir Salak. Balik hari je. Dieorang ikut jalan dalam nak pergi Perak. Lalu dekat Plaza Tol Ijok. Bayar RM2 je nak ke sana. Lol murah betul kalau lalu jalan dalam. Kalau lalu highway, berpuluh jugak habis.


Masa on the way nak ke sana, lalu la kawasan lapang, kawasan padi. Nyaman je rasa. Then I was trying to take a picture kawasan padi tu, and it turns out like THIS! 


Kereta Viva senget. Haaaa kau ado?


Tried again. Haaa baru lawa gambar :)


I'm using Farid's hp. Pinjam hp die sekejap. Pakai blackberry amat leceh. Dah la amik gambar pun agak blurr, tak sharp. Serious. I prefer Android dan Apple. Haha. Demand nak mahal-mahal *tampat pipi sendiri* Lagipun blackberry tu mama punya. Mama yang beli hp baru. (Don't use bb, menyesal nanti :p)


Me in pink baju kurung. Please ignore muka aku yang hitam tu.



This Yusrah, my best-est-est cousin. Die cuti SPM. Elok lak tu sama cuti dengan aku. Berjoli lah kami :D


Marina Island Hall


Nampak tak pengantin baru sampai tu? Nampak tak? Memang tak nampak pun. Tak sempat tengok muka pengantin, aku dengan yusrah terus bla masuk kereta. Nak duduk lama-lama dalam hall pun macam no use je, semua kawan Pak Lang. Mana aku kenal. Dieorang pun tak kenal aku. Lol.



Tuesday 15 January 2013

Gold Coast Morib

Assalamualaikum w.b.t


Just went for a holiday dekat Gold Coast Morib. About one hour dari rumah. Fuhh, dah lama tak tidur hotel. Ok, tipu. Baru je tidur masa kat Jakarta haritu. Don't ask me about my holiday dekat Bandung and Jakarta. Huh, nightmare. Dah jadi fobia nak makan makanan Indonesia. Seriously.


By the way, Gold Coast Morib ada buat promotion. 77% DISCOUNT! Like WOW! Kiteorang bayar satu bilik yang ada jakuzi + breakfast + dinner + theme park admission = RM150. Murah gila kan. Then, mama pun book terus dua bilik walaupun just 4 of us yang pergi. So far breakfast and dinner memang sedap.

















Sekarang Gold Coast Morib still buat promotion lagi. Tapi mahal sikit la. RM200 I think tapi without dinner. Its only for 2 day 1 night. Kalau rasa-rasa nak berholiday with friends or family, boleh lah. By the way, ATV pun ada. Kalau rasa nak urut-urut badan guna cara cina pun ada. Half price lagi youuu :D








Saturday 12 January 2013

I can smell cakes

Assalamualaikum w.b.t


Emmmmm yum yum. Bila cakap pasal makanan, siapa yang tak suka kan. Menipu la kalau ada yang cakap tak suka. Kalau yang cakap tu mesti nak motivate-kan diri supaya jangan makan sebab on diet. Lol. Aku pun tengah on diet sekarang. Tapi aku tengok cara pemakanan aku tak nampak macam diet punggg. Sembang je lebih kan -.-


By the way, petang tadi aku bakar kek! YES BAKAR KEK! I also didn't believe it. Selama aku hidup ni, baru aku buat 4 jenis kek. Sikit kan? Aku dengar kawan aku dekat asrama tu dah buat macam-macam kek dah. Tak pe lah. Tu minat dieorang. Aku ni bukan minat. Tapi ni paksarela. 


First cake yang aku buat, Oreo cheese cake. Yang tu aku buat masa kat kemaman dulu. Nak sambut Mr's birthday. That was the first time aku buat cake. Ni bukan paksarela. Ini sukarela k. Hehe. Tapi macam biasa lah, first cake kan faham-faham je lah. Mesti ada slack sikit. Bukan sikit, tapi banyak. Aku tak rasa pun cake tu, aku terus bagi dia and suruh dia makan dengan family dia. 


Second cake yang aku buat, Chocolate cake. Choc cake ni kan ada banyak jenis. Aku tak ingat jenis apa yang aku buat, tapi yang aku buat ada topping choc sekali. Haaa kek ni lah yang kena paksa dengan mama. Aku pun tak faham kenapa mama tetiba suruh aku buat kek ni. Bila dah kena paksa, memang malas menguasai diri lah kan. Bahan semua mama yang sediakan. Resepi pun sama. Aku just follow the resepi je. Ada je masa terluang sikit, aku terus lari keluar dapur. Then, mama panggil. Pergi lah ke dapur balik. Berulang kali berlaku macam ni. Malas punya pasal. And the result? Choc cake tu tak sedap, kurang keenakan. Sebab, aku buat dengan paksa. Kalau buat dengan rela hati, insyaAllah akan sedap :)



Third, rainbow cake! Haaaa cake ni aku sendiri yang nak buat sebab kalau beli kat kedai memang haram jadah mahalnya. Habis duit den kalau beli. Nak cari pun susah. Tengok kawan post, semua beli dekat kl. Shah Alam ni macam tak ada je. Maybe aku je kot yang tak jumpa. Daripada aku buang masa mencari kedai yang jual rainbow cake tu and buang duit beli, baik aku buat. Bahan-bahan semua dah ada dekat rumah. Just nak buat je. Haaaa cake ni mama cakap sedap sebab aku buat dengan penuh gembira. Alhamdulillah. Hehe. Serious excited bila tengok warna-warni.


Rainbow cake. Guna cheese topping with oreo! :D


Lastly, Red velvet cake. Kek ni buat sama-sama dengan mama. Kek ni baru buat petang tadi. Hehe. aku buat kek ni sebab mama duk tanya bila nak buat red velvet. Mama memang macam tu, kalau ada something yang mama nak buat, mesti mama akan tanya berkali-kali, sampai kiteorang cakap OK. Haha. My lil bro, Arsyad tu pun macam mama. Hehe. So then petang tadi, lepas zohor, mama ajak aku lagi. Buat kali yang ke berapa entah. Haha. Lawak lawak. Last sekali aku pun cakap, iyolah. Then, taraaaaaaaa! By the way, buang-bunga tu mama yang buat, aku buat tak jadi, ada besar ada kecil. Tak sekata. :p 


Red velvet dengan cheese sebagai topping.


Nak adun cake ni ada cara jugak. Haaaa. Aku tahu aku agak lame. Baru tahu masa mula buat cake. Ada cara nak gaul adunan dia. Bukan main gaul je tau. Kan kita dah pukul adunan tu sampai kembang, so, bila nak gaul dengan pewarna tu, jangan main gaul macam nak pecahkan telur sebab tahu angin dalam adunan tu keluar. And lagi satu, aku ingatkan lepas dah pukul butter gula bicarbonate telur segala bagai guna mixer, kena masukkan tepung terus dalam mixer tu. Tapi tak. Masa nak masukkan tepung tu kena gaul guna spatula. Tak boleh guna mixer. Lupa pulak nak tanya mama kenapa. Yang ni je yang aku tahu. Lol


Korang semua mesti dah tahu kan semua ni. Ye lah, benda basic untuk buat kek kan. Hehe. Aku baru tahu. Hehe.


Ok lah sayang sayang sekalian. Beta mahu beradu. Cewahhhh. :p


Salam

Friday 4 January 2013

Tomok - Aku Datang




Aku datang kepadamu
Aku datang mencarimu
Tapi kau pergi dariku
Bagai bayu di jari jari ku

Aku datang dengan rindu
Aku datang dengan pilu
Tapi kau terus membisu
Bagai bintang dingin menjauh

Ke manakah perginya kasih kita
Ke manakah hilangnya erti setia
Barlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Ke manakah perginya kasih kita
Kemanakah hilangnya erti setia
Berlari ku mengejar
Namun cahayanya makin pudar

Ke manakah harusku bawa cinta
Ke manakah harus ku cari syurga
Andai bukan kepadamu
Ke mana lagi harus ku tuju

Aku datang kepadamu
Kepadamu


Tuesday 1 January 2013




Kerana terlalu lama tidak berjumpa, boleh mengundang pergaduhan. I mean bertikam lidah.

Eventhough we didn't mean it.













Cousin's wedding

Assalamualaikum w.b.t


One of my cousins is getting married. Well, dah married pun. Aku je yang lambat update. Lol. I'm happy for you. By the way, ini adalah kali pertama bagi aku melihat perkahwinan tentera. Selama ni tengok dalam tv je kan. Tapi kali ni, tengok depan depan. It was awesome babehhh! Tambah pulak dengan cousins yang awesomeee! Love them till the end <3




Yeah, this is the picha! All together in one photo. Hehe. Bulan dua ni ada lagi majlis pernikahan. OHMAIIII BAJU TAK JAHIT LAGI!




2013

Assalamualaikum w.b.t



Well Hello 2013!
Bye 2012
Semoga 2013 ini akan menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya
Thanks 2012 sebab banyak mengajar aku untuk menjadi lebih matang. 
Lesson learned :)


p/s: Low quality pictures. Guna kamera depan


Salam